Advertisements

Tawaran Program Sijil Pertanian Di Institusi Pertanian Sesi 2022/2024

Advertisements

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mendahului dalam menjalankan pendidikan dan latihan pertanian peringkat sijil kepada belia dan beliawanis secara holistik mulai tahun 50an.

Nisbah pengajaran dan pembelajaran kurikulum Sijil Pertanian adalah 70% kemahiran dan 30% teori.

Bagi melahirkan modal insan pertanian yang bestari dan berinformasi, kurikulum yang disampaikan merangkumi kesemua aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

Untuk menjamin kualiti Program Sijil Pertanian adalah berterusan dan memenuhi keperluan semasa, kurikulum akan dikemaskini mengikut keperluan semasa.

Baca juga : Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022): Semak Status Permohonan

Objektif Pendidikan

Berikut adalah objektif pendidikan terhadap peserta program :

  • Berpengetahuan saintifik serta berkemahiran pertanian dan keusahawanan.
  • Berkebolehan untuk mengenalpasti idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian.
  • Berkemahiran interpersonal dan komunikasi dengan berkesan
  • Mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap masyarakat, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Tempoh Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan Program Sijil Pertanian Sesi 2022/2024 mulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tempoh Pengajian Sijil Pertanian

Tempoh pengajian Program Sijil Pertanian Malaysia adalah selama :

  • 2 tahun (4 semester) dengan bebanan pengajaran dan pembelajaran 63 jam kredit.

Lokasi Program Pengajian Sijil Pertanian

Program Sijil Pertanian Malaysia ini ditawarkan di enam (6) lokasi iaitu :

Nota : Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan untuk mengikuti program ini adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun hingga 25 tahun
  • Berkelulusan SPM atau SPMV / setaraf
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan)
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Kepujian pada salah satu matapelajaran yang di tetapkan
  • Belum berkahwin

Cara Mohon Program Sijil Pertanian

Pengambilan pelajar baru akan dibuka pada bulan Februari/Mac setiap tahun. Namun pada tahun ini, permohonan telah dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.

Bagi pemohon lepasan sijil SPM yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh :

  • Membuat permohonan secara online di Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
  • Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan dengan menggunakan Internet Explorer Version 9 ke atas sahaja.
  • Manakala bagi kakitangan kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :
    • Pengarah
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Jabatan Pertanian,
      Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
      Presint 4, 62624 Putrajaya.
      (u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

Takwim Pengambilan Pelajar IPSM

Di bawah merupakan tarikh pengambilan pelajar baru IPSM :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

Baca juga : Bantuan RM200 Untuk Pesawah Berdaftar Dengan Pejabat Pertanian Sahaja

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.