Advertisements

MAIJ- Tawaran Skim Bantuan Zakat Pendaftaran Pelajar IPT Johor 2022

Advertisements

MAIJ atau Majlis Agama Islam Johor adalah sebuah majlis agama Islam yang berfungsi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor.

Ini termasuklah menguruskan kumpulan wang zakat fitrah serta mengagihkan bantuan zakat tersebut mengikut asnaf yang berkelayakan.

Oleh itu, MAIJ telah membuka tawaran permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT untuk pelajar IPT khususnya buat anak kelahiran Johor atau yang bermaustatin selama 5 tahun di Johor mengikut syarat kelayakan.

Bagi pelajar kelahiran Johor yang tidak berkemampuan dan belajar di Institut Pengajian Tinggi, kini anda boleh membuat permohonan Skim Bantuan Zakat.

Berikut dikongsikan maklumat tentan permohonan skim bantuan zakat ini.

Baca juga : Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Jumlah Bantuan Yuran

Berikut merupakan kadar bantuan yang ditawarkan menerusi skim :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Diploma (semester pertama) : 
    • Kadar bantuan : RM500
  • Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) :
    • Kadar bantuan : RM1,000

Syarat Kelayakan

Antara syarat-syarat permohonan adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Anak kelahiran Negeri Johor.
  • Menetap di Negeri Johor atau bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Dapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
  • Permohonan ini hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama.

Cara Semak Permohonan Pendaftaran

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan permohonan pendaftran :

a) Sila layari pautan Sistem Bersepadu Majlis Agama Islam Negeri Johor.

b) Tekan pada Daftar Pengguna di Menu Utama.

c) Masukan No Kad Pengenalan dan tekan butang Semak No Kad Pengenalan.

d) Siap daftar, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan kemudian tekan pada Klik Di Sini untuk kemas kini kata laluan.

e) Jika data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon. Kemudian tekan ‘Setuju’ dan Simpan.

Cara Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan :

a) Sila layari pautan Sistem Bersepadu Majlis Agama Islam Negeri Johor.

b) Log Masuk dengan mengunakan No Kad Pengenalan / Mykad dan kata laluan yang telah didaftarkan.

c) Kemudian tekan pada Bantuan IPT Dalam Negeri.

d) Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

e) Muat naik dokumen sokongan.

f)Siap isi maklumat diri, semak sekali lagi maklumat diri dan tekan Hantar.

g) Kemudian tekan pada Cetak Slip untuk simpanan rujukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat naik semasa permohonan :

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan ibu bapa.
  • Satu salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  • Satu salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  • Satu salinan surat tawaran IPT
  • Satu salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  • Satu salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  • Satu dokumen yuran pendaftaran.
  • Satu gambar berukuran passport.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi di talian 07 228 2929 / 2937 / 2941 / 2926

ATAU;

layari laman sesawang Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ

Baca juga : BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.