Advertisements

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022

Advertisements

Skim Biasiswa Sukan Persekutuan 2022 dibuka untuk permohonan kepada atlet negara bagi pengajian sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA). 

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan mula dibuka pada 15 April yang lalu dan akan ditutup pada 30 April 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan Skim Biasiswa Persekutuan 2022 ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
  • Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
    • Tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.
    • Tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  • Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.
  • Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
    • Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  • Bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
  • Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
  • Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  • Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
  • Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  • Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Baca juga: Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/2022

Cara Memohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan

Bagi para atlet yang berminat untuk memohon, boleh melayari laman sesawang rasmi SBSP dan klik pada pautan eBiasiswa untuk membuat permohonan secara atas talian.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.