Advertisements

Tawaran Tajaan Biasiswa Oleh Japanese Government YLP 2023 

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA OLEH JAPANESE GOVERNMENT (MONBUKAGAKUSHO: MEXT) DI BAWAH YOUNG LEADERS’ PROGRAM (YLP) SCHOLARSHIPS FOR 2023
Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT), Jepun telah membuka permohonan penajaan biasiswa oleh Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) di bawah Young Leaders’ Program (YLP) Scholarships For 2023.

Kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk berminat untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana di Jepun dalam kursus-kursus yang ditawarkan boleh membuat permohonan ini sebelum tamat tempoh permohonan.

Tarikh Permohonan

Pegawai P&P yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan mulai 2 September 2022 jam 5.00 petang
sehingga 30 September 2022.

Bidang Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat tiga (3) jenis kursus yang ditawarkan didalam program ini antaranya adalah:

  1. Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University.
  2. Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau
    Sarjana Perundangan Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS).
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS).

Baca juga : Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa Bermula Oktober

Syarat Permohonan

  1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  3. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2023 (lahir pada atau selepas 2 Oktober 1983).
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut – turut (2019, 2020 & 2021).
  5. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  6. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai kelayakan akademik tertinggi semasa pegawai.
  7. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.
  8. Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan angkatan tentera.
  9. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dengan skor minima seperti berikut:
    • Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) – TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atau yang setaraf;
    • Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) – TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atau yang setaraf; atau
    • Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam)- TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atau yang setaraf.
  10. Tidak menerima bantuan penajaan yang lain;
  11. Bebas daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaanMahkamah;
  12. Telah mengisytiharkan harta;
  13. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  14. Memiliki tahap kesihatan yang baik serta bebas daripada penyakit berjangkit;

Nota : Syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.

Tatacara Permohonan

Untuk memohon penajaan biasiswa ini, calon hendaklah membuat permohonan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing- masing.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan:

  1. Calon hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://esilav2.jpa.gov.my
  2. Sila lengkapkan maklumat yang diminta.
  3. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pegawai.
  4. Borang permohonan yang lengkap tersebut perlu dikemukakan kepada urus setia PPSM masing-masing bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
  5. Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan dan diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2022 sama ada melalui pos atau serahan tangan ke alamat seperti berikut:
    • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
      Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Aras 3, Blok C2, Kompleks C
      62510 PUTRAJAYA.
      (u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan pautan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut bidang kursus yang ditawarkan.

Sila klik pada pautan yang disediakan seperti berikut :

  1. Kursus Perundangan
  2. Kursus Sekolah Kerajaan
  3. Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program biasiswa ini, sila hubungi :

  • Talian : 03-8885 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau

Baca juga : Tawaran MRC Scholarship Awards Pelajar IPT & Lepasan SPM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.