Advertisements

Kolej FELCRA: Tawaran Tajaan Pengajian Sijil Dan Diploma

Advertisements

Sukacita dimaklumkan Kolej FELCRA ingin menawarkan tajaan pengajian sijil dan diploma Kolej FELCRA bagi calon yang berkelayakan.

Tajaan ini khusus untuk pelajar dari golongan B40 yang memerlukan yang berminat untuk menyambung pengajian mereka.

Tajaan adalah terhad, justeru pemilihan akan dibuat tertakluk kepada kouta yang ditetapkan.

Pelajar yang berkelayakan dan terpilih bakal mendapat tajaan yuran pengajian secara percuma tertakluk kepada kuota yang ditetapkan.  

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program tajaan pengajian sijil dan diploma Kolej FELCRA ini.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej FELCRA:

  • Diploma Pengurusan Pasca-Tuai
  • Diploma Teknologi Pertanian
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Diploma Pengurusan Amalan Halal
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pra Diploma Perdagangan UiTM
  • Diploma Pengurusan Ladang UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon tajaan ini perlulah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

i) Program Sijil

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

ii) Program Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Baca juga: Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

Cara Memohon

Calon yang memenuhi syarat kelayakan permohonan di atas boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan
  2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul
  3. Klik butang ‘Submit’

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tajaan pengajian sijil dan diploma Kolej FELCRA, sila layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my atau hubungi talian 019-5046086 (En Anuar).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.