Advertisements

Tebus Tambang Percuma Perkhidmatan RapidKL Sehingga 15 Julai

Advertisements

Perkhidmatan percuma RapidKL selama sebulan mulai 16 Jun sehingga 15 Julai 2022 adalah salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam di kesemua rangkaian RapidKL termasuk bas dan rel telah diaktifkan, serentak dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 semalam.

Terma Dan Syarat Perkhidmatan Percuma RapidKL

Kesemua perkhidmatan percuma RapidKL tersebut tertakluk terma dan syarat seperti di bawah:

  1. Terbuka kepada semua pelanggan Rapid KL termasuk My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch ‘N Go.
  2. Muat turun aplikasi MyRapid PULSE untuk menebus 30 hari perjalanan percuma.
  3. Pelanggan dikehendaki melengkapkan sentuhan masuk dan keluar token, pas atau kad di setiap perjalanan.
  4. Bagi pelanggan yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun 2022, anda mesti menebus perjalanan percuma 30 hari di antara 23 hingga 25 Julai 2022 SAHAJA iaitu selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya. Pelanggan dikehendaki menyimpan resit sebagai bukti pembelian.
  5. Bagi pelanggan My50 sedia ada yang mempunyai tamat tempoh pas antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, anda boleh menikmati perjalanan percuma selama 30 hari pada pembelian My50 yang seterusnya selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya.
  6. Perjalanan percuma 30 hari ini TIDAK SAH untuk perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Tempoh Perkhidmatan Percuma

Berikut merupakan tempoh masa perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma selama 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022.

  • 6 pagi hingga 11.30 malam untuk semua perkhidmatan Rapid KL (LRT/ MRT Laluan Kajang / Monorel / BRT/ Bas Rapid KL / Bas Pengantara MRT)
  • 3 petang hingga 11.30 malam untuk MRT Laluan Putrajaya.

Cara Menebus

Anda boleh menebus tambang percuma ini dengan cara:

Muat Turun Apps Pulse Myrapid

Memuat turun aplikasi Pulse Myrapid yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.

Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati tambang percuma ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kad TouchN’Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.

Tebus Dengan Pas My50

Bagi para penumpang yang melanggan pas perjalanan tanpa had My50, jika mereka telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022:

  1. Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas tamat
  2. Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 – 25 Julai 2022
  3. Sebaiknya bawa resit sebagai pengesahan pembelian
  4. Manakala, jika pas My50 pengguna akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas dan diaktifkan serta merta sehari selepas pas tamat.

Pengguna mesti memastikan nilai simpanan minimum RM5.00 dikekalkan dalam pas My50, kad Touch ‘N Go dan kad konsesi mereka.

Baca juga: RapidKL My30 Diganti Dengan My50 Mulai 1 Januari 2022

Tebus Dengan Token

Bagi pengguna yang tidak mempunyai kad TouchN’Go atau sebarang pas, mereka boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan dengan mengisi maklumat menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau borang yang disediakan sebelum memasuki stesen.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat berkaitan pakej penawaran tambang percuma ini boleh didapati di laman web myrapid.com.my dan platform media sosial Rapid KL.

Sebarang pertanyaan mengenai tambang percuma ini, sila emelkan kepada ke [email protected] atau hubungi kami di 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7 pagi hingga 5.30 petang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.