Advertisements

Pinjaman Pemulihan Banjir Tanpa Faedah Kepada Mangsa Banjir – TEKUN Nasional

Advertisements

TEKUN Nasional menyediakan dana RM30 juta sebagai bantuan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Dana bantuan tersebut adalah dalam bentuk Pinjaman Pemulihan Banjir yang menyediakan kemudahan pembiayaan dan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah kepada Bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka semula.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, Tekun Nasional juga memberikan moratorium selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.

Jelas beliau, moratorium ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 usahawan Tekun dan bermula serta-merta.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah, bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir.

Baca juga: Honda Malaysia Tawar Diskaun 25% Untuk Pelanggan Terjejas Banjir

Namun atas rasa simpati bersimpati dengan kesengsaraan dan kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh Keluarga Malaysia, Perdana Menteri menambah lagi bantuan banjir terutamanya untuk peniaga membantu peniaga-peniaga yang terkesan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Antara bantuan tersebut ialah:

  1. Bantuan meliputi pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan, hingga RM10,000 menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Peruntukan RM30 juta bagi Pinjaman Pemulihan Banjir menerusi TEKUN Nasional
  3. Koperasi yang terjejas pula dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia hingga RM30,000.
  4. Dua bulan pengecualian sewa kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir.
  5. Bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan. Antara kemudahan termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.
  6. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022). BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.
  7. Rebat One-off bil elektrik bagi bulan Disember 2021.

Sumber: Astro Awani dan Bernama

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.