Advertisements

Tempah Janji Temu Dos Penggalak Di Aplikasi MySejahtera Bermula 21 Mac

Advertisements

Bermula 21 Mac ini, orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk tempahan slot dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.

Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Baca juga: Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Dirayu Ambil Dos Penggalak

Memandangkan Malaysia akan beralih ke fasa peralihan kepada endemik mulai 1 April 2022 ini, diharapkan kemudahan ini dapat menggalakkan masyarakat mendapatkannya terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik dapat dilaksanakan dengan selamat.

Selain itu menurut Dr Anas, warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.

Memandangkan Ramadan semakin menghampiri, dinasihatkan agar golongan ini segera mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Mari lindungi keluarga kita. Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik,” katanya

Untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)‘.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements