Advertisements

Tiada Lagi ‘Check-in’ Di Kaunter AirAsia Mulai 1 April

Advertisements

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan caj RM100 ‘check-in’ di kaunter AirAsia bagi penerbangan domestik dan luar negara bakal dilaksanakan oleh syarikat terbabit mulai 1 Mac.

Hal ini mengundang kecaman netizen kerana dianggap AirAsia mengambil keuntungan mudah terhadap pelanggan mereka.

Caj tersebut dikenakan untuk menggalak pelanggan AirAsia menggunakan kiosk ‘check-in’, laman web atau aplikasi Super app mereka untuk daftar masuk penerbangan.

Langkah itu juga merupakan initiatif AirAsia dalam meningkatkan keselamatan dengan mengurangkan sentuhan dan pengalaman perjalanan yang lebih selamat terutamanya di musim Covid-19 yang masih belum reda.

Namun begitu, ramai mengeluh dengan kadar caj yang dikenakan tersebut kerana dianggap tidak setimpal dengan servis yang diberikan dan membebankan.

Ada juga menyuarakan perlaksanaan itu tidak membantu menggalakkan pelanggan daftar masuk melalui aplikasi atau kiosk disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku ketika ingin menggunakan aplikasi atau kiosk.

Kemaskini Caj Daftar Masuk AirAsia

Hasil semakan yang dibuat dilihat AirAsia tidak menaikkan caj daftar masuk kepada RM100 dan masih mengekalkan kepada RM30.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun begitu, AirAsia mengumumkan bakal mengehadkan servis daftar masuk melalui kaunter semua lapangan terbang di Malaysia mulai 1 April 2022.

Justeru itu, mulai 1 April 2022 tiada caj daftar masuk akan dikenakan kerana hanya golongan yang dikecualikan sahaja dibenarkan untuk menggunakan kaunter untuk daftar masuk.

Pengecualian Dibenarkan Guna ‘Check-in’ Kaunter

AirAsia menyenaraikan beberapa kategori penumpang yang tidak akan dikenakan caj tersebut ketika daftar masuk melalui kaunter:

• Warga emas berumur 70 tahun ke atas
• Tempahan dibuat di bawah waran Angkatan Tentera Malaysia dan Kerajaan
• Tetamu dalam penerbangan sewa
• Tetamu yang telah mendaftar masuk sendiri tetapi perlu mencetak semula pas masuk
• Tetamu kurang upaya memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah
• Tempahan berkumpulan 10 tetamu dan lebih
• Tetamu muda melancong bersendirian (berumur 12-16 tahun)
• Tetamu terjejas oleh perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
• Tetamu yang melakukan peningkatan tempat duduk dan/atau pembelian tambahan di kaunter daftar masuk
• Tetamu terjejas akibat gangguan sistem apl super, tapak web atau kiosk
• Tetamu yang tidak diberikan tempat duduk semasa daftar masuk sendiri
• Tetamu Flex Penuh Korporat dan Premium Flex

Maklumat Lanjut

Rujuk AirAsia Newsroom

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.