Advertisements

Tiada Lagi Vaksinasi Kanak-kanak (PICKids) Percuma Selepas Mei 2022

Advertisements

Tiada lagi vaksinasi kanak-kanak (PICKids) percuma selepas Mei 2022 dikekalkan walaupun terdapat segelintir ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin.

Walaubagaimanapun, ibu bapa masih boleh mendapatkan vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 12 tahun selepas tarikh 31 Mei namun perlu mendapatkan secara berbayar di klinik-klinik swasta.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, tempoh masa yang diberikan untuk ibu bapa membawa anak masing-masing mendapatkan vaksin secara percuma itu sudah mencukupi.

Kerajaan juga telah melanjutkan tarikh akhir untuk mendapatkan vaksin secara percuma pada 15 Mei ke 31 Mei kepada ibu bapa yang sempat mendaftarkan anak mereka sebelum 8 Mei yang lepas di bawah program PICKids.

Baca juga: Tarikh Akhir Pemberian Vaksin PICKids Dilanjutkan Ke 31 Mei

Bagi ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak mereka, mereka boleh mendapatkan dos pertama di Klinik KKM secara walk-in selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022.

Ini kerana semua tarikh janji temu selepas 31 Mei dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurutnya Dr Noor Azmi, Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi kanak-kanak yang mengambil vaksin sebanyak 87.4 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.