Advertisements

Tiada Penggiliran Kehadiran Murid Sekolah Rendah Mulai 17 April

Advertisements

Mulai 17 April ini, tiada lagi sistem penggiliran kehadiran murid sekolah rendah akan dikuatkuasakan.

Keputusan itu diumumkan melalui video yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin di lama Facebook beliau.

Keputusan tersebut diambil setelah KPM memperhatikan pengoperasian Sekolah Rendah pada 21 Mac dan Sekolah Menengah pada 4 April yang lalu.

Justeru, KPM telah membuat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah TANPA PENGGILIRAN pada tarikh berikut:

Kehadiran Murid Ke Sekolah Rendah Tanpa Penggiliran Mulai 17 & 18 April 2022

  • Negeri-negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 17 April 2022 (Ahad)
  • Negeri-negeri Kumpulan B – Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor : 18 April 2022 (Isnin)

Walaupun semua murid sudah boleh hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak mereka untuk mematuhi SOP yang ditetapkan supaya proses pembelajaran berjalan dengan lanjar.

Rujuk video yang dikongsikan oleh Dr Radzi Jidin di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Geran Pendigitalan Perniagaan PKS Go Digital Sarawak

Sebelum ini, sistem penggiliran dilaksana setelah sekian lama sekolah ditutup bagi sesi pembelajaran fizikal dan digantikan dengan sesi PDPR.

Perlaksanaan sistem pengiliran kehadiran membolehkan murid-murid dapat kembali ke sekolah dan merasai semula mood bersekolah disamping perlaksanaan penjarakan sosial dapat dilakukan kerana kekurangan murid.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.