Advertisements

Tiket ETS Online Dijual Bermula 12 Oktober Dengan Harga Promosi

Advertisements

Semenjak kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu, jualan tiket online bagi perkhidmatan ETS akan dibuka pada 12 Oktober 2021 (Selasa) bermula jam 3 petang.

Pihak KTMB telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan ETS berkuatkuasa 14 Oktober, seperti yang dimuatnaik di laman Facebook Rasmi KTMB.

Lebih banyak pilihan waktu perjalanan dan lebih banyak tawaran tempat duduk yang disediakan untuk anda.

Dapatkan tiket segera dengan promosi menarik cepat! Jangan ketinggalan tawaran istimewa ini.

Semak jadual waktu perjalanan melalui https://bit.ly/3quxiHI

Cara Beli Tiket ETS Online & Kod Promo
Pembelian tiket lebih mudah dan cepat secara dalam talian di https://bit.ly/3kWOQv5 atau aplikasi KTMB Mobile dan melalui semua medium pembelian tiket KTMB.

Istimewa untuk pelanggan ETS, nikmati diskaun tambang RM5 dengan menggunakan promo kod *BOLEHRENTAS.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

*Terhad untuk 10,000 penumpang dewasa terawal dengan pembelian tiket bernilai RM40 ke atas untuk perjalanan sehala atau dua hala.

Bagi KTM Ekspres Rakyat Timuran pula, anda boleh nikmati potongan sebanyak RM10 dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI.

Untuk tempahan tiket, sila buat pembelian melalui laman web KTMB:

https://online.ktmb.com.my/

SOP Perjalanan Melalui Tren ETS / KTMB
Diingatkan bahawa sebelum menaiki tren, anda perlu mengemukakakn sijil digital vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi.

  • Pastikan anda memakai pelitup muka
  • Mengimbas QR Code MySejahtera
  • Mengimbas suhu badan
  • Berada di stesen 1 jam sebelum tren berlepas

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.ktmb.com.my

Selamat balik kampung dan bercuti. Jangan lupa jaga SOP walau di mana anda berada.

Sumber: Facebook KTMB

Baca juga: Air Selangor: Semakan Kawasan Terjejas Bekalan Air 13-16 Oktober 2021

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.