Advertisements

Tip Pulihkan Barangan Elektrik Akibat Ditenggelami Banjir

Advertisements

Siapa sangka rumah yang selama bertahun-tahun ini tidak pernah ditenggelami banjir, kini berlaku di depan mata.

Segala barangan elektri seperti peti ais, periuk nasi, mesin basuh dan sebagainya habis di tenggelami banjir.

Siapa jangka keadaan air akan naik begitu cepat dan tinggi sehingga tidak dapat menyelamatkan kesemua barangan elektrik.

Namun anda tidak perlu risau, sebenarnya barangan elektrik yang ditenggelami banjir boleh dibaik pulih dengan hanya mengikuti cara dan langkah-langkah yang di kongsikan oleh Fida Firdauz di laman facebook beliau.

Antara tips yang dikongsikan oleh beliau adalah:

Baca juga: 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

TIP KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah 1:
– Jangan sekali-kali cuba menghidupkan peti ais untuk memastikan sama ada masih berfungsi atau tidak.

Langkah 2:
– Kumpul semua peralatan elektrik, kemudian tembak dengan air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

Langkah 3:
– Buka penutup dibahagian barangan elektrik atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan.
– Kemudian tembak bahagian komponen tersebut dengan air untuk membersihkan lumpur.
– Jangan memberus bahagian kompenen tersebut malah gunalah berus cat jika perlu untuk menyental lumpur yang degil.

Langkah 4:
– Apabila sudah rasa cukup bersih, jemur dibawah tengah cahaya matahari yang panas selama dua ke tiga hari sehingga yakin tiada air atau kelembapan pada komponen dibahagian dalamnya.

Langkah 5:
– Jika mempunyai pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas pada kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

Langkah 6:
– Pasangkan semula penutup barangan elektrik tersebut atau mana-mana penutup belakang yang sudah dibuka.

Langkah 7:
– Hidupkan barangan elektrik tersebut untuk memastikan sama ada ia masih berfungsi atau tidak.

Semoga anda sabar dan tabah dalam membaik pulihkan barangan elektrik ini yang sebenarnya tidak mengalami kerosakan pun akibat banjir.

Sumber: Fida Firdauz

Baca juga: Tips Hadapi Banjir (Untuk Diri, Kenderaan Dan Rumah)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.