Advertisements

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Advertisements

Berpuasa merupakan ibadat yang melatih diri dalam menahan nafsu. Bermula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Sesetengah masyarakat terutamanya kaum ibu, ibadat puasa sangat menguji ketahanan mereka. Terutamanya ibu yang masih menyusukan anak.

Bagi ibu yang masih memberi susu badan, walaupun sedang berpuasa, mereka perlu mendapatkan tenaga dan protein yang cukup untuk menghasilkan susu badan untuk anak mereka.

Ini kerana setiap penghasilan 30 mililiter susu, tubuh badan akan membakar 20 kalori. Ibu menyusu memerlukan lebih tenaga dan protein berbanding ibu hamil.

Jika tenaga dan kalori tidak cukup, kesannya boleh memudaratkan si ibu seperti boleh menyebabkan badan mengigil, pengsan dan sebagainya.

Jadi bagaimanakah cara pemakanan yang disyorkan bagi ibu menyusu untuk kekal berpuasa di bulan Ramadhan. Artikel kali ini kami kongsikan tips berpuasa untuk ibu menyusu.

Kepentingan Protein

Protein sangat penting untuk membantu menghasilkan susu badan berbanding kalori.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ibu yang menyusukan anak disarankan untuk mengambil 5 hingga 7 bahagian protein sehari. Antaranya:

  1. Segenggam kekacang seperti kacang tanah, almond, pistachio dan walnut
  2. Ayam sebesar tapak tangan
  3. Daging sebesar tapak tangan
  4. Ikan setengah saiz sederhana seperti kembung atau 1 potong ikan tongkol
  5. 1 cawan susu
  6. 2 keping keju
  7. 1 biji telur ayam
  8. Sotong sebesar tangan
  9. Udang 4-6 ekor

Saranan Bahagian Makanan

Waktu sahur (3 bahagian):

  • 2 biji telur
  • 1 bahagian ayam
  • 1 cawan susu

Waktu Berbuka (2-3 bahagian):

  • 1 bahagian ayam
  • 1 bahagian ikan
  • 1 bahagian sayuran

Waktu Moreh (1 bahagian):

  • 1 bahagian kekacang atau keju

Nota tambahan:
Pastikan pengambilan air mencukupi iaitu 8 gelas sehari.

Baca juga: 6 Makanan Untuk Menjaga Kesihatan Gigi Di Bulan Ramadan

Peringatan

Tips ini hanya bagi ibu yang tiada kompilasi atau masalah kesihatan lain ketika hamil sebagai contoh kencing manis.

Jika ada masalah kesihatan, sila rujuk Pegawai DIetetik di ospital dan klinik kesihatan kerajaan bagi panduan diet yang betul.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.