Advertisements

Tips Hadapi Banjir (Untuk Diri, Kenderaan Dan Rumah)

Advertisements

Muktahir ini hujan berterusan mengakibatkan kawasan seperti Selangor dan Pahang berlaku banjir yang teruk. Sehingga ada yang rumah yang dilanda banjir hanya tinggal tangga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran peringkat bahaya atau merah di Kuala Lumpur dan Selangor hari ini, 18 Disember 2021.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan lebat berterusan ini berlaku disebabkan oleh luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression).

Justeru itu, bagi anda yang menghadapi banjir di sini kami kongsikan tips menghadapi banjir untuk diri, kenderaan dan rumah anda.

Baca juga: Cara Semak Jalan Yang Ditutup Akibat Banjir

DIRI DAN KELUARGA

  1. Jika anda berkeluarga pastikan semua orang bangun dan sedar.
  2. Segera bawa diri anda dan ahli keluarga ke tempat tinggi terutamanya kanak-kanak, OKU atau warga emas. Sebagai contoh, atas kenderaan tingkat atas (jika rumah 2 tingkat, flat, apartment).
  3. Dapatkan bantuan dari pihak berkuasa seperti Polis, BOMBA, Sukarelawan melalui panggilan atau atas talian.
  4. Jika paras air masih tidak bahaya segera selamatkan dokumen penting, dan barangan elektrik.

RUMAH

  1. Matikan semua suis elektrik dan cabut plug.
  2. Simpan barang berharga di tempat selamat seperti duit, kad bank, barang kemas, dokumen penting & kunci-kunci rumah & kereta. (Penting juga kalau rumah kita rosak sekurang-kurangnya ada harta atau duit yang boleh digunakan untuk baiki)
  3. Alihkan barang yang boleh diselamatkan ke tempat lagi tinggi dan tidak terkena air seperti:
    1. Perkakas Elektrik contohnya televisyen, komputer, cerek elektrik, oven dan lain-lain (yang mudah diangkat, jangan pula korang gigih nak angkat peti sejuk atau washing machine tu. nanti cedera susah pulak)
    2. Kusyen sofa, tilam dan bantal (Sebab benda ni mudah serap air dan akan tinggalkan kesan bau jika nak bersihkan nanti)
  4. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
  5. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
  6. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
  7. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
  8. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
  9. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
  10. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
  11. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

KENDERAAN

  1. Tunggu kenderaan lain redah kawasan tersebut dan anggarkan kedalaman air.
  2. Untuk redah air banjir, pandu dengan perlahan tetapi tidak terlalu perlahan.
  3. Gunakan gear rendah (gear 1) atau gear D bagi auto (tekan minyak dengan sekata, bukan sekejap laju sekejap perlahan)
  4. Jangan tukar gear bagi mengelakkan air disedut melalui ekzos dan boleh menyebabkan enjin mati
  5. Selepas meredah air, uji brek anda dan tekan brek beberapa kali untuk mengeringkan kawasan antara cakera/dram dan pelapik brek
  6. Alihkan kereta atau motor ke tempat yang lebih tinggi di kawasan bukit atau parking bertingkat semasa parkir.

Sumber: Facebook Jalud Brothers

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.