Advertisements

Tips Keselamatan Kediaman Sebelum Pulang Ke Kampung

Advertisements

Sudah 2 tahun tidak beraya di kampung akibat pandemik yang berlaku di negara kita, akhirnya pada tahun ini semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam dapat juga beraya di kampung seperti tahun sebelum penularan wabak Covid-19.

Namun begitu, dalam kegembiraan menuju ke destinasi kampung masing-masing, pasti wujud kebimbangan membabitkan keselamatan kediaman yang ditinggalkan sepanjang tempoh berkenaan.

Ini kerana di waktu ekonomi yang tidak begitu stabil akibat wabak Covid-19 ini, pasti akan membuka ruang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka seperti memecah masuk kediaman untuk mengambil barangan berharga.

Jadi apakah tips keselamatan kediaman sebelum pulang ke kampung yang perlu diambil sepanjang tempoh perayaan ini.

1 – Kunci Rumah Dengan Pad Kekunci Tambahan

Ini adalah perkara paling asas sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama adalah dengan mengunci rumah dengan pad kekunci tambahan.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah sokongan keselamatan tambahan kepada kediaman anda sekiranya di pecah masuk penjenayah.

Dengan adanya pad kekunci tambahan, ianya melambatkan penjenayah melakukan kegiatan mereka.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2 – Menggunakan Pad Kekunci Yang Kuat Dan Berkualiti

Kebanyakan pengguna hanya mengunci jeriji tanpa mempedulikan kualiti pad kekunci yang digunakan.

Perlu diingat bahawa penjenayah yang memecah masuk rumah pasti mempunyai alatan yang boleh memotong logam.

Justeru, pengguna juga disarankan menggunakan pad kekunci logam yang kuat supaya tidak mudah dipecahkan atau dipotong menggunakan peralatan tertentu.

Ini akan menyukarkan penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka kerana memerlukan peralatan khusus untuk memecah pad kekunci berkenaan dan membuka jeriji rumah.

3 – Maklumkan Kepada Jiran Yang Bukan Muslim

Sekiranya kejiranan anda mempunyai jiran yang bukan muslim, anda boleh memaklumkan kepada jiran yang tinggal di kawasan perumahan supaya boleh membantu untuk memantau kawasan rumah atau melaporkan jika ada sebarang kegiatan meragukan.

Ini langkah mudah supaya kawasan rumah dan kediaman sentiasa selamat dan berada dalam pemantauan.

4 – Maklum Balai Polis Berdekatan Ketiadaan Anda

Pihak polis menyarankan orang ramai yang pulang ke kampung untuk memaklumkan kepada balai polis terdekat supaya pihak polis boleh merancang rondaan di kawasan tertentu.

Dengan makluman yang diterima, anggota peronda akan meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan kediaman bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan.

5 – Memasang CCTV Dan Lampu Automatik

Teknologi juga boleh membantu anda dalam memastikan kediaman anda selamat adalah dengan memasang CCTV dan lampu automatik di dalam serta di luar rumah.

Hal ini akan mengurangkan risiko kediaman dipecah masuk kerana keadaan kawasan kediaman yang terang lebih selamat dan mudah untuk dipantau oleh jiran atau pihak peronda.

6 – Memasang ALARM dan Lampu Pengesan Pergerakan

Mungkin cara ini paling mahal tetapi ianya paling banyak membantu kerana sekiranya berlaku pecah masuk, ALARM ini akan menghasilkan bunyi yang kuat.

Bunyi tadi boleh menarik perhatian jiran dan balai polis berdekatan untuk melakukan rondaan dengan segera bagi memastikan penjenayah yang memecah masuk tadi terbantut.

Sumber: Harian Metro

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements