Advertisements

Tips Mudah Atasi Bibir Kering Semasa Berpuasa

Advertisements

Normal,bibir kering adalah perkara yang biasa berlaku ketika sedang berpuasa disebabkan oleh hidrasi atau kandungan cecair sedikit dalam tubuh.

Tidak seperti bahagian kulit yang lain, bibir sangat sensitif dengan kekurangan kelembapan dan ia turut mempengaruhi keadaan bibir yang tidak memiliki kelenjar minyak dan peluh untuk menjaga kelembapannya.

Selain itu, kulit bibir 15 kali lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain. Apa cara untuk menjaga kelembapannya sepanjang Ramadan?

1. Minum banyak air ketika bersahur dan berbuka

Cara mengatasi bibir kering paling baik adalah menjaga kelembapan tubuh secara semula jadi iaitu dengan minum banyak air.

Dengan air yang cukup terutamanya air putih – ia lebih mudah diserap tubuh dan badan tetap terhidrasi dan mengelakkan bibir menjadi kering.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tidak hanya air putih, buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh menjadi sumber cecair kepada tubuh. Ia bukan sahaja baik untuk bibir kering tetapi menambah vitamin dan mineral yang penting untuk menjaga kesihatan.

3. Pelembap bibir

Gunakan pelembap bibir daripada jenis bahan jeli petroleum atau lip balm. Pilih pelembap bibir yang mengandung bahan selamat bagi yang mengalami kulit sensitif.

4. Elak kebiasaan menjilat bibir

Hindar kebiasaan menjilat bibir bagi melembapkannya. Ia sebenarnya akan menyebabkan bibir bertambah kering.

Ini kerana air liur mengandungi asid yang mampu menyebabkan kerengsaan pada bibir. Selain itu, menjilat bibir juga boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada pada kulit.

5. Menghindari Minuman yang Mengandung Kafein Waktu Berbuka dan Sahur

Sepanjang berpuasa, kurangkan atau hindari langsung minuman berkafein kerana ia membuatkan kulit semakin kering.

Ramai yang sudah melakukan tips ini dan mereka mengakuinya bahawa cara-cara ini berkesan. Jika pada bulan Ramadan nanti anda mula menghadapi gejala mulut kering sperti ini, ikuti tips yang kami syorkan di atas ya!

Baca juga: Kekal Semangat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan, Amalkan Resepi Mudah Susu Kurma Ini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements