Advertisements

TNB Beri Rebat 100 Peratus Bil Elektrik Disember Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rebet 100 peratus secara sekali sahaja (one-off) bagi bil elektrik bulan Disember 2021 diberikan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Kata beliau, seramai 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat banjir di negeri-negeri terlibat dengan peruntukan kecemasan tambahan sebanyak RM 9 juta.

Baca juga: Tip Pulihkan Barangan Elektrik Akibat Ditenggelami Banjir

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan bersama kerajaan serta pandangan dan pertimbangan daripada Perdana Menteri bagi menyantuni mangsa banjir. 

Katanya lagi, warga kerja TNB juga adalah ahli komuniti dalam pelbagai lapisan masyarakat. Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk  keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat.

Baru-baru ini TNB telah mengumumkan bantuan RM2 juta dalam bentuk kewangan serta peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).

Seramai 2,000 lebih warga kerja TNB di seluruh Semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan serta membantu mangsa banjir terutamanya dalam proses pemulihan aset bekalan TNB (pencawang elektrik, kabel, tiang elektrik) yang terjejas akibat bencana tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di laman sesawang Tenaga Nasional

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir Di Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.