Advertisements

TNB Lancar Bantuan Set Janakuasa Bergerak Bagi Kawasan Banjir Yang Telah Surut

Advertisements

TNB lancar bantuan set janakuasa bergerak bagi kawasan banjir yang telah surut. Bantuan set janakuasa bergerak ini adalah bagi penampung keperluan rakyat yang terputus bekalan elektrik akibat daripada daripada banjir.

232 set janakuasa berada dalam keadaan tunggu sedia untuk digerakkan ke kawasan yang terjejas akibat banjir sekiranya bekalan tidak dapat diberikan melalui sistem grid.

Beberapa kawasan yang dilanda banjir, dan airnya telah surut. Namun pencawang elektrik di kawasan itu masih ditenggelami air dan masih dihenti tugas.

Justeru itu, pihak TNB telah menggerakkan 2,000 warga kerjanya di seluruh Semenanjung dalam usaha memulihkan semula bekalan terutama memulihkan pencawang dan aset lain dengan mengujinya untuk memastikan ia selamat sebelum menyalurkan bekalan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan kecemasan berjumlah RM44 juta untuk membaik pulih dan membantu mangsa banjir dari segi keperluan asas dan penyaluran bekalan elektrik menggunakan set janakuasa bergerak.

Sehingga hari ini, sebanyak 419 daripada sejumlah 853 pencawang elektrik yang dihenti tugas sementara di Kelantan, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sudah dapat dipulihkan berikutan air surut di beberapa daerah di negeri berkenaan.

TNB memaklumkan, bekalan elektrik tidak boleh disambung begitu sahaja kerana penduduk perlu memastikan keadaan rumah mereka bersedia menerima bekalan elektrik.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Mangsa Banjir Boleh Buat IC, Lesen, Pasport Percuma

Selain tu, TNB menyarankan penduduk yang kembali ke kediaman selepas terjejas dengan banjir supaya memeriksa pendawaian di dalam premis masing-masing.

Pendawaian dan peralatan elektrik yang ditenggelami air mungkin terjejas serta perlu dibersihkan dan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, fius atau pemutus litar perlu dibersihkan dari kekotoran dan diganti dengan yang baru jika perlu, manakala soket alir keluar (outlet) yang ditenggelami air perlu berada dalam keadaan kering dan bersih supaya selamat digunakan

Untuk lebih selamat, dapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut atau keraguan boleh menghubungi TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline.

Sumber: Berita Harian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.