Advertisements

Tol Percuma PLUS Dan LPT, Ambil Tahu Perkara Ini Sebelum Masuk Tol

Advertisements

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sebanyak antara 30 hingga 50 peratus mulai 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad.

Sehubungan penawaran tol percuma yang diumumkan oleh kerajaan ini, ini perkara yang anda perlu tahu ketika melalui lebuhraya.

1 – Menyentuh Kad Touch ‘n Go

Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Selain itu, pengguna kad Touch ‘n Go tetap perlu mematuhi peraturan ditetapkan ketika di plaza tol termasuk syarat menyentuh kad Touch ‘n Go.

Tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad semasa waktu percuma tersebut.

2 – Melalui lorong yang sama ketika masuk dan keluar tol

Pengguna yang memilih menggunakan RFID dan SmartTag juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID dan SmartTag sahaja.

Sama seperti Touch ‘n Go, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik ketika waktu terbabit.

Baca juga: SOP Pelitup Muka Dimansuhkan? Ini Info Yang Perlu Anda Tahu

3 – Cadangan Waktu Perjalanan

Berdasarkan tarikh pemberian tol percuma selama empat hari itu, pengguna digalakkan menyusun jadual perjalanan balik kampung dan kembali semula ke ibu kota mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.