Advertisements

Tol Percuma Selama 7 Hari Di Sempadan Johor-Singapura Mulai 1 April

Advertisements

Bersempena dengan pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura kepada pengembara, Kerajaan Malaysia memberi satu lagi buah tangan untuk mereka yang merentas Singapura ke Johor atau sebaliknya dengan pengecualian tol

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengecualian itu yang dilaksanakan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).

Pengecualian ini adalah khusus untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch ‘n Go’ dan ‘SmartTag’.

Baca juga: Johor Benarkan Solat Rapatkan Sejadah, Berbeza Dengan Negeri Lain

Ianya bakal membabitkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 April 2022, selaras dengan pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pengecualian bayaran tol itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

Pada 24 Mac lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan namun dengan syarat pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements