Advertisements

Train & Place LZS: Peluang Kerjaya Asnaf Sektor Peladangan

Lembaga Zakat Selangor mempelawa para asnaf di negeri tersebut untuk terlibat dalam sektor peladangan menerusi Program Train & Place di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Untuk makluman, Program Train & Place ini merupakan program latihan dalam bidang teknikal dan operasi dalam sektor perladangan khusus kepada para asnaf di Negeri Selangor.

Sejurus tamat latihan, peserta akan ditawarkan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation di seluruh negara.

Program ini adalah percuma bagi asnaf LZS yang berdaftar dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian.

Manfaat Program

Manfaat Program Train & Place yang bakal diperoleh peserta yang menyertai program ini adalah:

  • Program latihan jangka masa pendek antara 1 – 2 bulan.
  • Latihan berdasarkan modul yang dibangunkan oleh iCEPS Uitm dan Sime Darby Plantation Berhad.
  • Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah percuma.
  • Penawaran gaji selepas latihan bermula dari RM1,200.
  • Sebanyak 5,873 kekosongan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation Berhad diseluruh negara.

Syarat Permohonan

Tiada syarat permohonan khusus ditetapkan namun pemohon mestilah terdiri daripada asnaf yang berdaftar dengan LZS.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS.
  2. Isi borang permohonan tersebut denganb lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Train & Place ini, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.