Advertisements

Permohonan TUNS & TUNS Plus Negeri Sembilan 2023

Bagi usahawan di Negeri Sembilan yang memerlukan geran atau pinjaman mudah tanpa faedah bagi mengembangkan perniagaan mereka, Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka kembali permohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan (TUNS Plus).

Objektif utama pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini adalah adalah supaya lebih ramai golongan usahawan di Negeri Sembilan yang berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Disamping itu, pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini juga diharapkan dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Negeri Sembilan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

Untuk usahawan yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai bermula 16 Januari 2023 dan permohonan TUNS Plus pula boleh dibuat mulai 3 April 2023.

Apa Itu TUNS & TUNS Plus?

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

TUNS Plus pula ialah Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk usahawan kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun.

Syarat Asas

Syarat asas bagi permohonan kedua-dua inisiatif ini adalah seperti berikut:

i) TUNS

  1. Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
  2. Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022.
  3. Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00.
  4. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  5. Pemohon tidak berstatus muflis.
  6. Tidak pernah menerima geran ini.

ii) TUNS Plus

  1. Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
  2. Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 April 2022.
  3. Berstatus mikro yang mencatatkan jualan kurang daripada RM300,000.00 setahun.
  4. Berumur di antara 21 sehingga 55 tahun.
  5. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  6. Beroperasi di premis/tapak perniagaan dan mempunyai lesen/permit PBT.
  7. Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya 6 bulan.
  8. Pemohon tidak berstatus muflis.
  9. Tidak pernah menerima bantuan ini.

Cara Memohon

Permohonan bagi kedua-dua inisiatif ini boleh dibuat menerusi laman web https://www.tuns.my/ dalam tarikh permohonan yang ditetapkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kedua-dua geran ini, sila layari laman web https://www.tuns.my/ untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.