Advertisements

Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Secara Percuma

Advertisements

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perlindungan pelajar 24 jam sehari dan 7 hari seminggu secara percuma melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

TPSM merupakan sebuah skim takaful perlindungan yang berada di bawah pentadbiran Takaful Malaysia.

Skim ini disediakan adalah untuk memberi perlindungan pelajar-pelajar sekolah apabila mendapat kemalangan.

Ikuti perkongsian di bawah maklumat lebih lanjut mengenai Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) ini.

Baca juga :Program Anak Genius Negara 2023 Kini Dibuka Untuk Permohonan

Kelayakan Pelajar

Berikut adalah kelayakan pelajar yang boleh menerima Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) ini :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar yang terdiri daripada :
    • Prasekolah
    • Sekolah Rendah
    • Sekolah Menengah
    • Tingkatan Enam

Kadar Perlindungan

Jumlah tuntutan yang boleh dibuat oleh ibu bapa pelajar yang mengalami kemalangan adalah seperti berikut :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

No.Jenis TuntutanKadar Tuntutan (Jumlah)
1.Kematian akibat kemalanganRM5,500
2.Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalanganRM22,000
3.Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mataRM11,000
4.Khairat KematianRM1,500
5.Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turutRM25.00 sehari
6.Elaun Kerusi RodaRM1,000

Dokumen Tuntutan Berkaitan

Berikut merupakan lima (5) jenis dokumen berkaitan yang harus dikemukan bersama borang tuntutan:

a) Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan

  1. Laporan Polis (Kematian kemalangan sahaja).
  2. Salinan Sijil Kematian/Permit menguburkan.
  3. Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku.
  4. Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima.
  5. Bayaran Tuntutan Takaful

b) Tuntutan Lumpuh Berkekalan/Terpisah atau Hilang Anggota

  1. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
  2. Laporan Polis.
  3. Salinan Sijil Kelahiran.
  4. Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

c) Khairat Kematian

  1. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
  2. Salinan Sijil Kematian/Permit Menguburkan.
  3. Salinan Sijil Kelahiran.
  4. Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

d) Tuntutan Elaun Tunai Hospital

  1. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).
  2. Pengesahan Rawatan/Ward Chit/Discharge Note.
  3. Salinan Sijil Kelahiran.
  4. Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

e) Elaun Kerusi Roda

  1. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).
  2. Salinan bil asal pembelian Kerusi Roda
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Muka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.

Nota : Sebelum semua dokumen tuntutan ini dihantar secara pos berdaftar/pos Takaful Malaysia, pihak sekolah mestilah mengesahkan terlebih dahulu borang-borang dan salinan dokumen tersebut.

Panduan Membuat Tuntutan Pampasan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat tuntutan pampasan :

  1. Ibu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kepada pihak sekolah.
  2. Pihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di pautan DI SINI
  3. Pihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Kemudian borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:

    Urusetia Tuntutan TPSM
    Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
    Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
    No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
    50000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Nota : Setiap tuntutan harus dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan.

Muat Turun Borang Tuntutan

Bagi ibu bapa atau pelajar yang ingin membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang-borang yang berkaitan di pautan ini :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila ke laman rasmi KPM

Baca juga : Program Anak Genius Negara 2023 Kini Dibuka Untuk Permohonan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.