Advertisements

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Online 2023

KAEDAH BUKA AKAUN TABUNG HAJI (TH) ONLINE DENGAN PANTAS, SEMUANYA DI HUJUNG JARI!

Umat Islam di Malaysia, anda sudah tidak perlu risau untuk mencari cawangan Tabung Haji terdekat atau membazir masa beratur, menunggu giliran di kaunter lagi bagi membuka akaun Tabung Haji.

Dengan kecanggihan teknologi, semuanya sudah boleh dilakukan secara atas talian dengan mudah dan pantas di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda inginkan.

akaun TH

Untuk mengetahui bagaimana pembukaan akaun ini boleh dilakukan teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Syarat-syarat Buka Akaun Tabung Haji (TH)

Seperti sedia maklum, bukan semua individu boleh membuka akaun Tabung Haji.

Hanya individu yang memenuhi Tiga (3) syarat di bawah sahaja yang boleh membuka akaun dengan Tabung Haji:

  1. Beragama Islam
  2. Waras dan Berakal
  3. Warganegara Malaysia.

Kategori Akaun Tabung Haji

Kategori akaun TH juga terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:

  1. Akaun Dewasa
  2. Akaun Kanak-kanak

Akaun Dewasa

  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.

Akaun Kanak-kanak

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut :
    • Sijil Kelahiran
    • Dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID)
    • Dokumen pengenalan diri penjaga

NOTA :

  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.

Cara Buka Akaun Tabung Haji

Pembukaan akaun Tabung Haji (TH) adalah mudah dan boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara manual di mana anda perlu ke  Kaunter TH, Cawangan Bergerak TH, atau melalui Rakan Strategik TH seperti Bank Islam dan Bank Rakyat atau melalui TH Komuniti.

Namun begitu, dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, anda boleh menjimatkan masa dan tenaga anda dengan mendaftar atau membuka akaun baru secara atas talian sahaja.

Cara Pembukaan Akaun TH Secara Online

Pembukaan Akaun Tabung Haji Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan rasmi THiJARI.

Anda boleh membuka akaun THsecara atas talian dengan kaedah berikut:

  1. Layari pautan rasmi THiJARI https://www.thijari.com.my/
  2. Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta.
  4. Hadir ke mana-mana cawangan Tabung Haji dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
AKAUN TABUNG HAJI

Nota: Deposit permulaan bagi pembukaan akaun Tabung Haji adalah serendah RM 2.00 sahaja.

Kelebihan Membuka Akaun Tabung Haji

Sebagai umat Islam, pembukaan Akaun Tabung Haji ini mendekatkan kita dengan peluang menunaikan rukun Islam yang kelima dan dalam masa yang sama memudahkan urusan rakyat Malaysia yang ingin menjalankan ibadah ini.

Penggunaan THiJARI ini sangat memudahkan urusan anda kerana anda boleh mengakses ke akaun TH anda di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Dibawah merupakan kelebihan lain pembukaan Akaun TH:

  • Patuh shariah Islam
  • Dijamin oleh Kerajaan
  • Dikecualikan daripada cukai
  • Ditunaikan kewajipan zakat
  • Tiada had simpanan
  • Agihan Keuntungan
  • Peluan Memenangi Hadiah Menarik

Maklumat Lanjut

Bagi pengguna atau bakal pengguna yang mengingikan maklumat lanjut atau terdapat masalah atau persoalan yang ingin ditanya, anda boleh mengajukan soalan tersebut kepada:

Jika berminat, anda juga boleh membaca artikel-artikel dibawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.