Sebanyak RM700,000 telah disumbangkan oleh Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) kepada mangsa bencana banjir di Selangor baru baru ini menerusi misi bantuan banjir.
Menurut UKM, hasil kutipan sumbangan itu telah diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan, alumni dan juga pihak ketiga.
Hasil sumbangan bantuan ini telah diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk termasuk mengalami kerosakan rumah dan harta benda.
Selain daripada bantuan kewangan, UKM juga menyalurkan bantuan tenaga sukarelawan sebanyak lebih 2,000 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar insitusi pengajian tinggi (IPT) untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia
Selain memberi bantuan di Selangor, Kumpulan sukarelawan itu juga turut turun ke lokasi-lokasi lain termasuk di Jelebu dan Mantin di Negeri Sembilan; Temerloh, Pahang dan Yan, Kedah yang juga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.







Baca juga: Cara Permohonan Bantuan Banjir RM200 Sebulan Di Pahang
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!