Advertisements

Tarikh Cuti Umum Bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024

Pengumuman tarikh sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di Seluruh dunia.

Hal ini demikian kerana, pada hari tersebut, kita akan meraikan segala perkara yang telah kita lakukan pada bulan Ramadan.

Bagi meraikan perayaan ini, kerajaan Malaysia akan memberikan cuti umum kepada semua rakyat Malaysia pada setiap tahun sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Untuk mengetahui bilakah perayaan ini akan berlangsung dan tarikh cuti umum bagi menyambut perayaan ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Setiap tahun, pengumuman rasmi bagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapat tarikh perayaan tersebut adalah berdasarkan kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Jika anak bulan dapat dilihat dengan jelas pada malam tersebut, kerajaan akan memaklumkan bahawa esoknya adalah 1 Syawal, dan jika tidak nampak anak bulan, maka esok masih berpuasa.

Berikut adalah tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024:

  • 10 April 2023 (Rabu) [1 Syawal 1445]
Hari Raya Aidilfitri

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 Bagi Sekolah KPM

Perayaan Aidilfitri ini disambut meriah daripada setiap peringkat umur, tidak kira tua ataupun muda.

Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah memastikan cuti khas bagi perayaan ini disediakan bagi pelajar-pelajar di Malaysia.

Pembahagian cuti hari raya ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

Pembahagian kumpulan ini dilakukan kerana perbezaan cuti hujung minggu di antara Kumpulan A (Jumaat & Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu & Ahad) yang menyebabkan cuti rasmi bagi perayaan ini turut berbeza bagi kedua-dua kumpulan.

Dibawah merupakan tarikh cuti perayaan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B:

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu (7 Hari)

  • 07 April 2023 (Ahad) – 13 April 2023 (Sabtu)

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya (7 Hari)

  • 08 April 2023 (Isnin)14 April 2023 (Ahad)

Tarikh Perayaan Islam

Selain perayaan Aidilfitri, umat Islam di Malaysia juga meraikan beberapa hari-hari penting dalam sejarah Islam, yang hampir kesemua daripadanya diberikan cuti bagi menghormati atau meraikan tarikh-tarikh penting tersebut.

Dibawah merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2025 bersamaan tahun 1445-1446 H:

tarikh cuti

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan cuti rasmi dan cuti tambahan bagi perayaan Aidilfitri 2024 daripada pihak KPM, anda boleh melayari Portal Rasmi KPM atau boleh menghubungi pihak berkait di:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.