Advertisements

Umat Islam Tawau Yang Buka Puasa Awal Melalui Azan Radio Ini Kena Qadha

Advertisements

Semalam merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadan. Waktu yang ditunggu-tunggu pastinya waktu berkumandangnya azan untuk berbuka puasa.

Apabila azan berkumandang, pasti cepat-cepat makanan dimasukkan ke dalam mulut sebagai tanda bersyukur dan nikmatnya berbuka.

Namun begitu, bagi umat Islam di Tawau yang mendengar azam melalui radio difahamkan telah berbuka puasa 4 minit lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

Ianya diumumkan sendiri oleh seorang penyampai stesen radio tempatan melalui permohonan maaf secara peribadi yang dibuat di laman Facebook kepada umat Islam Tawau yang terkesan.

Melalui penyataan penyampai radio tersebut, terdapat kesilapan teknikal berlaku di mana penyiaran azan maghrub dibuat dua kali iaitu pada jam 6.16 petang dan jam 6.20 petang.

Perkara tersebut mendapat respon pantas daripada mantan mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menerusi artikel Bayan Linnas Siri ke-97: Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan Di Radio.

Menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikel berkenaan, kepada sesiapa yang melakukan kesilapan dan berbuka puasa pada waktu yang lebih awal maka puasanya dikira batal. Oleh itu, wajib bagi mereka mengganti atau QADHA puasa mereka.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.