Advertisements

Umur Bilakah Anak Anak Boleh Berpuasa?

Advertisements

Bulan puasa merupakan bulan yang ditunggu-ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Bukan sahaja ibubapa gembira, malah kanak-kanak juga gembira meraikan kedatangannya.

Apabila tibanya bulan ramadhan, kanak-kanak yang telah meningkat umur pasti sudah mencuba-cuba untuk berpuasa sama ada dengan keinginan sendiri atau disuruh ibu bapa.

Namun begitu, ada ibu bapa yang bimbang dan keliru untuk membenarkan anak-anak berpuasa apatah lagi mereka masih kecil, bimbang ‘perut tidak tahan’ dan risau anak tidak bermaya.

Tulisan kali ini kami berkongsi berkenaan umur bilakah anak anda boleh berpuasa.

Umur Bilakah Anak Anak Boleh Berpuasa?

Menurut Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.

Selain itu, Saidina Ali bin Abi Tolib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.” – Sunan Abi Dawud (4402)

Berdasarkan hadis tersebut, bolehlah disimpulkan kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa selagi mereka belum baligh.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun, berapakah usia yang paling sesuai?

Menurut Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr Muhammad Hassan Hito, ibu bapa atau wali perlu menyuruh kanak-kanak untuk berpuasa seawal umur tujuh tahun dan mendidiknya dengan ‘pukulan kecil’ yang tidak menyakitkan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan.

Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat yang maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).” – Sunan Abi Dawud (494).

Berdasarkan hadis dan maklumat lain yang berkaitan, Unit Buhuth menyimpulkan: “Tuntasnya kami nyatakan bahawa ibu bapa atau wali perlu mengajar dan menyuruh anak-anak supaya berpuasa seawal umur tujuh tahun dan mendidik dengan pukulan yang ringan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan.

Latih Dengan Berpuasa Separuh Hari

Berdasarkan penerangan di atas, kanak-kanak di seawal umur 7 sudah disuruh untuk berpuasa namun tidak wajib bagi mereka kerana mereka masih di bawah 10 tahun yakni belum baligh.

Jadi sebagai latihan puasa kepada mereka, puasa separuh hari adalah digalakkan untuk melatih perut menahan lapar dan dahaga.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.