Advertisements

UPBMG 2023: Pengenalan, Format Ujian dan Jadual Peperiksaan

UPBMG atau Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru merupakan ujian yang diberikan kepada para guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan guru yang kompeten dan profesional.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru?

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) pada dasarnya ialah satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu.

Sasaran Utama

Bagi tahun 2022 sehingga tahun 2025, sasaran guru yang dikehendaki mengikuti UPBMG ini adalah calon guru yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu di:

  • Sekolah kebangsaan
  • Sekolah jenis kebangsaan
  • Sekolah menengah kebangsaan
  • Sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.

Format UPBMG

Kemahiran bahasa yang diuji dalam UPBMG ini meliputi empat komponen iaitu:

UPBMG-1-1
  1. Kemahiran Mendengar
    • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  2. Kemahiran Bertutur
    • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.
    • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.
    • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.
  3. Kemahiran Membaca
    • Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  4. Kemahiran Menulis
    • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
    • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.

Kalendar dan Tarikh Penting UPBMG

Bagi guru yang terpilih untuk menduduki UPBMG bagi tahun 2023 ini pastikan anda peka dengan tarikh-tarikh dalam rajah di bawah:

Berikut merupakan Jadual Waktu peperiksaan UPBMG bagi tahun 2023:

Maklumat Tambahan

Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan UPBMG ini anda boleh ke laman rasmi mereka di UPBMG atau anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tersebut di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Anda juga hubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertera di bawah untuk mendapatkan maklumat:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Emel: [email protected]
Tel: 03-22814400
Faks: 03-22814444

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.