Advertisements

URUS B50: Permohonan Mulai 15 November 2021

Advertisements

Pada bulan Oktober yang lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Program URUS ini merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50 yang terjejas.

Turut merangkumi juga peminjam di dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan di dalam program ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara memohon dan semak kelayakan bantuan URUS B50 seperti yang dimuat naik oleh Bank Negara Malaysia melalui sebuah hantaran terkini di Facebook:

Kelayakan Bantuan URUS B50

Program URUS B50 adalah program pengurusan dan ketahanan kewangan kepada mereka yang:

  1. Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  2. Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880 (B40 dan ke bawah).
  3. Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  4. Mengalami
    • Kehilangan pekerjaan; ATAU
    • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

Baca juga: MySTEP 2022, Tawaran Kerja Kontrak Bagi Penganggur

Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

Pihak bank akan memberi anda pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

PFP akan merangkumi:

  1. Pengecualian faedah selama 3 bulan.
  2. Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
  3. Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Cara Mohon URUS B50

Permohonan untuk Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dibuka sekarang (mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022).

Anda boleh memohon dengan menghubungi bank-bank yang berkaitan dengan anda melalui:

  1. Laman web bank;
  2. Telefon;
  3. Hadir di cawangan bank.

Baca juga: JaminKerja PERKESO, Insentif Penggajian Oleh Kerajaan!

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut berkaitan program URUS ini, sila layari laman web:

  1. akpk.org.my/my/urus atau
  2. bnm.gov.my/urus.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.