vaksin jadual imunisasi kebangsaan

11 Penyakit & Jenis Vaksin Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan 2019

Kenali 11 penyakit berjangkit dan jenis-jenis vaksin yang ditawarkan kepada bayi seawal kelahiran mengikut jadual imunisasi kebangsaan 2019.

Vaksin menjadi topik hangat di Malaysia apabila munculnya golongan anti-vaksin yang secara terang-terangan menolak pemberian vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

Data Public Health Malaysia menunjukkan Kedah, Terangganu dan Perak mencatat bilangan kes penolakan vaksin tertinggi.

Masyarakat orang asli nampaknya lebih terbuka untuk menerima vaksin sampaikan ada yang sanggup berjalan beberapa kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Kenali Vaksin

Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup.

Di dalamnya terdapat antigen berbentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. 

Vaksin disuntik seawal bayi dilahirkan kerana sistem daya lawan (imun) bayi lemah dan berisiko tinggi dijangkiti penyakit seperti tibi, difteria, batuk kokol dan sebagainya.

Vaksin perlu diberikan mengikut jadual imunisasi kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hukum Suntikan Vaksin

Berpandukan pendapat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pemberian vaksin diharuskan di sisi syarak kerana penularan penyakit boleh dielakkan menerusi pengambilan imunisasi sesuatu penyakit.

Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Jelasnya merujuklah kepada pakar dan ahli bidang-bidang tertentu jika kamu tidak mengetahui dan memahaminya. Kaedah ini merupakan pedoman hidup sepanjang masa sebagaimana jika seseorang atau salah seorang daripada ahli anggota keluarganya menderita sakit, maka dia akan merujuk dan memohon bantuan orang yang pakar dalam bidang perubatan iaitu doktor. Begitu juga dalam perkara agama, ia mesti merujuk dan meminta nasihat serta petunjuk daripada pakar-pakar yang menguasai ilmu agama iaitu para ulama’.” (Lihat Fatwa antara Ketelitian dan Kecerobohan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm 45)

Jadual Imunisasi Kebangsaan 2019

Berikut merupakan jadual imunisasi kebangsaan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Selain itu, KKM turut menggesa ibu bapa yang berkemampuan untuk mengambil vaksin tambahan seperti di bawah:

Bagi rakyat negeri Selangor, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal secara percuma melalui program Peduli Sihat.

Suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM sangat penting supaya dapat melindungi anak-anak daripada penyakit-penyakit yang boleh membawa maut seperti:

  1. Tibi (batuk kering) — Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  2. Difteria — Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  3. Pertusis (batuk kokol) — Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
  4. Tetanus — Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  5. Haemophilus influenzae jenis (Hib) — Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  6. Hepatitis B — Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  7. Polio — Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  8. Campak — Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  9. Beguk — Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  10. Rubella — Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)
  11. Penyakit Pneumokokus yang memudaratkan — Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  12. Rotavirus — Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis
  13. Virus Human Papilloma — Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO).

Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :

  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius

Vaksin Syarat Wajib Ke Sekolah?

Anak-anak yang tidak divaksin tidak boleh ke sekolah!

Itu antara saranan penggiat industri kesihatan supaya kerajaan mewajibkan suntikan imunisasi kerana ianya membabitkan kematian seperti penyakit difteria.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia sudah membabitkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.

Jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju satu undang-undang khas diwujudkan supaya suntikan vaksin diwajibkan sebelum anak-anak ke sekolah?

  • 58
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.