Advertisements

Vaksinasi Walk-In PPV Lembah Klang Bermula 2 Ogos

Advertisements

Inidividu di Lembah Klang yang masih belum menerima janji temu untuk mendapatkan vaksin COVID-19, mereka boleh mendapatkan vaksinasi secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih bermula 2 Ogos 2021.

Untuk makluman, langkah ini telah diumumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebelum ini untuk meningkatkan kadar vaksinasi di dalam negara bagi mencapai herd immunity sehingga 80%.

Oleh itu, bagi individu yang sebelum ini telah mendaftar tetapi masih belum mendapat temu janji untuk mendapatkan vaksin, mereka boleh terus ke PPV terlibat untuk mendapatkan vaksin.

Vaksinasi walk-in ini bukan hanya dibuka kepada warganegara tetapi juga bukan warganegara Malaysia.

Tarikh & Waktu Walk-In

Tarikh mula PPV menerima individu warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan vaksin secara walk-in adalah seperti berikut:

  • 40 tahun ke atas golongan komorbid: 2-4 Ogos.
  • 18 tahun ke atas: 5-22 Ogos.

Bagi bukan warganegara Malaysia pula, tarikh untuk mendapatkan vaksin secara walk-in adalah seperti berikut:

  • 40 tahun ke atas golongan komorbid: 9-11 Ogos
  • 18 tahun ke atas: 12-22 Ogos.

Pemberian vaksin secara walk-in akan bermula pada 2 petang pada tarikh-tarikh tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

PPV Yang Terlibat

Terdapat 10 PPV yang akan terlibat dalam pemberian vaksin secara walk-in iaitu 9 PPV bagi warganegara Malaysia dan 1 PPV bagi bukan warganegara Malaysia.

Bagi PPV warganegara Malaysia, 9 PPV yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO F.
  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO G.
  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO H.
  • Bangi Avenue Convention Center (BACC).
  • Hotel Wyndham, Klang.
  • Dewan Tun Razak, Sabak Bernam.
  • Dewan Komuniti Serendah.
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

1 PPV yang terlibat bagi vaksinasi bukan warganegara Malaysia adalah:

  • Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Bagi individu yang ingin mendapatkan vaksin secara walk-in, sila bawa dokumen-dokumen berikut:

  1. Bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang (contoh: alamat kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian dan sebagainya).
  2. Bagi golongan komorbid, mereka diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad temu janji

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi walk-in ini, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.