Advertisements

Waktu Mustajab Untuk Berdoa Ketika Bulan Ramadan

Advertisements

Pada bulan Ramadan, terdapat waktu yang mustajab untuk berdoa.

Anda mungkin sudah mengetahui beberapa waktu mustajab untuk berdoa ketikan bukan bulan Ramadan, seperti pada sepertiga malam, ketika sujud, di antara azan dan iqamah, atau pun selepas selesai solat.

Menerusi hadis dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa, akan dikabulkan.” (HR. Al Bazaar).

Bila waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan? Berikut kami akan kongsikan waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan beserta dengan dalil yang menyokongnya.

Waktu Sahur

Waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan yang pertama adalah pada waktu sahur. Sahur adalah amalan sunah yang akan kita lakukan sepanjang bulan Ramadan. Namun, sahur yang kita lakukan bukan sekadar untuk persiapan menghadapi puasa sahaja.

Di dalam amalan sahur yang kita lakukan terdapat keberkatan dan juga menjadi waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Ibnu Hajar juga menjelaskan hadis di atas dengan berkata, “Doa dan istighfar di waktu sahur mudah dikabulkan.” (Fath Al-Bari).

Ketika Berpuasa

Waktu mustajab untuk berdoa di bulan Ramadan yang kedua adalah ketika berpuasa. Orang yang berpuasa di bulan Ramadan juga mendapat fadilat seperti doanya yang tidak ditolak. Hal ini telah dijelaskan dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tiga orang yang doanya tidak ditolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (HR. Ahmad).

Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Disunatkan orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan doa demi urusan akhirat dan dunianya, ia juga boleh berdoa untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan doa kebaikan untuk kaum muslimin secara umum.” (Al-Majmu’).

Ketika Berbuka Puasa

Waktu mustajab untuk berdoa pada bulan Ramadan yang ketiga adalah ketika berbuka puasa. Beruntunglah bagi orang yang berpuasa kerana telah mendapat tiga waktu mustajab untuk berdoa.

Ketika berbuka, jangan sampai kita lupa diri dan terus makan. Luangkan waktu untuk berdoa ketika berbuka, kerana doa ketika berbuka puasa termasuk dalam doa yang mustajab.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi disebutkan baahwa doa ketika berbuka puasa mudah dikabulkan kerana seseorang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.