Advertisements

WalimatulUrus Perdana,  Bantuan Perkahwinan Terengganu

Advertisements

Perkahwinan adalah satu tanda ikatan antara lelaki dan perempuan yang saling mencintai satu sama lain yang bukan sekadar hanya untuk nafsu syahwat semata-mata.

Apabila satu ikatan perkahwinan telah terjadi, ini bermakna pasangan terbabit telah bersetuju untuk menghadapi cabaran hidup sebagai sebuah keluarga bersama-sama.

Bimbingan dari segi ilmu kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan amat penting.

Justeru itu, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan.

Objektif Program

Berikut merupakan objektif Program WalimatulUrus Perdana:

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

Faedah Kepada Peserta

Pasangan yang layak bakal menerima faedah dan manfaat seperti di bawah:

  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
    Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
Antara peserta bersama pasangan masing-masing di Majlis WalimatulUrus Perdana Terengganu pada tahun 2019

Baca juga: Insentif Generasi Muda Selangor, Bantuan Perkahwinan Selangor

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Pasangan yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi kriteria syarat kelayakan di bawah:

  • Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
  • Perkahwinan pertama bagi pasangan.
  • Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh hubungi talian 09-624 9355 atau layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements