Advertisements

Warga Sabah Boleh Terbang Terus Dari KK Ke Bangkok Mulai Julai

Advertisements

Mulai Julai akan datang, syarikat AirAsia akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Bangkok, Thailand.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam berkata perkara itu telah dibincangkan oleh Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam pertemuan di Kuala Lumpur, semalam.

Jafry berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha AirAsia dalam memperluaskan jaringan domestik mahu pun antarabangsa dengan pembukaan laluan penerbangan baharu terus ke negeri itu.

Baca juga: Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan Johor Singapura Disambung Pada 1 Mei

Penambahan laluan baharu itu pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah.

Selain Bangkok, penerbangan antarabanga terus dari Kota Kinabalu adalah Singapura dan Manila. Manakala Kota Kinabalu ke Korea Selatan pula menerusi syarikat penerbangan Jin Air.

Selain itu, di dalam aplikasi AirAsia Super App juga terdapat promosi destinasi pelancongan menarik di Sabah menerusi pakej penerbangan dan hotel.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements