Advertisements

Warga Selangor Boleh Ambil ‘Booster’ Percuma Bermula Hari Ini

Advertisements

Perhatian untuk warga Selangor kerana ada berita baik untuk anda! Kini anda boleh mendapatkan suntikan dos penggalak percuma bermula hari ini (8 Disember 2021)

Kerajaan Selangor akan melaksanakan pemberian sebanyak 157,000 dos penggalak tersebut di bawah Program Vaksin Selangor (SelVax) menerusi Program SelVax Booster.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ini info ringkas mengenai suntikan dos penggalak percuma di Selangor:

1. Penduduk di Selangor berumur 18 tahun ke atas yang sudah menerima dua dos vaksin boleh mendapatkan dos penggalak jenis Sinovac di klinik Selcare berhampiran.

2. Senarai klinik Selcare bagi program ini boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinic/

3. Anda boleh juga mendaftar menerusi aplikasi SELangkah dan orang ramai digalakkan mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang berkenaan.

4. Semua maklumat penerimaan vaksinasi dos penggalak melalui program ini akan dihantar oleh klinik terbabit melalui aplikasi MySejahtera.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

5. Program SelVax Booster akan turut dilaksanakan di beberapa lokaliti (on-site) tertentu berdasarkan permintaan Ahli-ahli Dewan Negeri seluruh Selangor.

6. Maklumat lanjut berkenaan program SelVax Booster di kawasan Dun akan diumumkan dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri memperincikan prosedur standard operasi (SOP).

Dalam pada itu, kata beliau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) turut meluluskan sejumlah RM 10.7 juta peruntukan bagi melaksanakan Program Pengurusan Covid- 19 Assessment Centre (CAC) dan Pemantauan Pesakit Yang Menjalani Kuarantin Kendiri Melalui Aplikasi SELangkah ke seluruh Selangor.

Janga tunggu-tunggu lagi. Manfaatkan peluang ini sebaiknya!.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements