Advertisements

Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022) Kini Dibuka

Advertisements

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan SPM 2021 yang layak.

Penajaan pinjaman boleh ubah ini meliputi pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara memohon.

Syarat Kelayakan Permohonan

Terdapat dua kategori syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon seperti di bawah:

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.

Syarat Khusus

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2021.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Pinjaman Boleh Ubah

Berikut merupakan kadar pinjaman dan perkara termasuk di dalam pinjaman tersebut:

  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon YTP MARA 2022

Pemohon yang layak boleh mengikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan:

  1. Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
  2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
    pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
  3. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
    • i. Maklumat peribadi dan keluarga
    • ii. Cadangan Pengajian
    • iii. Ujian Psikometrik
    • iv. Perakuan keterangan

Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Tarikh Permohonan YTP MARA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.