Advertisements

9 Daerah Zon Merah HFMD Di Kelantan

Advertisements

9 kawalan zon merah HFMD di Kelantan dalam tempoh 10 hari ini sehingga 5 Jun 2022 menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

9 Daerah Zon Merah HFMD Di Kelantan

Sembilan daerah berada di zon merah HFMD adalah seperti di bawah.

  1. Kota Bharu (705 kes)
  2. Machang (157 kes)
  3. Tumpat (126 kes)
  4. Pasir Mas (116 kes)
  5. Tanah Merah (96 kes)
  6. Kuala Krai (92 kes)
  7. Bachok (89 kes)
  8. Gua Musang (85 kes)
  9. Pasir Puteh (75 kes)

Hanya satu daerah iaitu Jeli berada dalam zon kuning dengan jumlah sebanyak 47 kes.

Sehingga 5 Jun 2022, jumlah kes HFMD adalah sebanyak 1,588 kes menjadikan kes HFMD kumulatif sebanyak 5,782 kes jangkitan untuk tahun ini.

Baca juga: Permohonan Dan Syarat Kelayakan Cuti Kuarantin HFMD

Julat Umur Kanak-kanak Dijangkiti HFMD

Mengikut rekod berikut merupakan julat umur jangkitan HFMD:

  1. Satu hingga empat tahun (68.4 peratus)
  2. Lima hingga enam tahun (14.4 peratus)
  3. Tujuh hingga 12 tahun (8.3 peratus)

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, bilangan kanak-kanak yang dirawat di hospital adalah dua kes di wad biasa dan seorang mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Beliau berkata, jangkitan HFMD di negeri ini tidak teruk dan hanya bergejala ringan. Pesakit hanya menjalani kuarantin di rumah.

Lokasi Wabak Tersebar

Menurut Dr Zaini lagi, terdapat 25 (lokasi) wabak yang dilaporkan pada tahun ini iaitu 24 adalah membabitkan TASKA atau TADIKA, manakala empat wabak adalah di rumah persendirian.

“Bagi membendung penyakit ini, JKNK memohon kerjasama daripada pihak TASKA dan ibu bapa supaya sentiasa menjaga kebersihan anak-anak. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak mereka tempat awam termasuk kolam renang, pasar, pusat membeli-belah dan stesen bas,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.