permohonan uitm sesi 2

Panduan Permohonan UiTM Sesi 2 Ambilan 2018/2019 Lepasan SPM

Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian di Universiti Awam, permohonan UiTM Sesi 2 Ambilan 2018/2019 kini dibuka bermula hari ini 9 Julai sehingga tarikh tutup pada 27 Ogos 2018.

Berikut dikongsikan segala maklumat lengkap panduan membuat permohonan juga syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Baca juga: Permohonan Program DPLI 2018 Universiti Malaya

Antara program yang ditawarkan untuk lepasan SPM ialah:

  • 72 program Diploma
  • 1 program asasi undang-undang
  • 1 program sarjana muda Sains

Selain itu terdapat juga program Penerapan Pra-Diploma ke Diploma khas kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di UiTM dengan syarat CGPA 3.50 ke atas sahaja.

Syarat Permohonan UiTM Sesi 2

Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut akan dipertimbangkan untuk ambilan kali ini, antaranya:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Pemohon mestilah Bumiputera berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli semenanjung Malaysia sahaja
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi program yang dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPTA tidak layak memohon kecuali pelajar UiTM sahaja

Sekiranya layak, pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN sebagai bantuan kewangan sepanjang pengajian nanti.

Cara Memohon Kemasukan UiTM

Sebelum memohon, pastikan anda membeli nombor PIN terlebih dahulu.

Nombor PIN boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Kemudian sebelum mengisi borang permohonan online, sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih, contohnya:

Permohonan UiTM boleh dibuat di portal rasmi https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm

Semasa mengisi permohonan, pastikan anda mengisi kesemua ruangan WAJIB yang bertanda (*). Dan pastikan anda semak segala maklumat yang diisi dengan teliti supaya memudahkan urusan di kemudian hari.

Selepas selesai, sila klik butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.

Sila cetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Untuk pengesahan sama ada borang anda berjaya dihantar atau tidak, sila semak semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN.

Jika terdapat penukaran, sila KEMASKINI borang anda.

Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dipanjangkan ke Bahagian Pengambilan Pelajar Unit Diploma di talian 03-5544 3194 / 3196 / 8067

permohonan uitm sesi 2

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...