Berikut dikongsikan cara membuat semakan PTPTN — sama ada untuk semak status permohonan atau untuk semak baki pinjaman PTPTN terkini anda.
Untuk makluman, peminjam boleh mendapatkan Wang Pendahuluan Pinjaman atau WPP sebanyak RM1,500 sebagai persediaan untuk ke Universiti Awam termasuk ke Politeknik.
Namun pemberian WPP akan dikenakan pemotongan RM500 setiap semester sepanjang 3 semester berturut-turut.
Antara syarat untuk memohon WPP ialah:
- Pelajar bersetuju menerima WPP
- Warganegara Malaysia
- Ibu bapa / penjaga mestilah penerima BSH 2019
- Telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA / Politeknik
- Tidak mempunyai hutang WPP
Untuk semak status permohonan WPP anda boleh layari https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/
Permohonan PTPTN 2019
Bagi peminjam kali pertama, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN terlebih dahulu.
Nombor PIN boleh dibeli online melalui portal rasmi PTPTN. Caranya:
- Masuk ke portal pembelian no. PIN PTPTN
- Pilih “Beli No. PTPTN & Mohon Pinjaman”
- Isi borang permohonan dan klik “Daftar”
- Terus ke proses pembayaran
- Buat pembayaran menggunakan perbankan Internet
- Selesai. Anda kini boleh membuat permohonan baru menggunakan no. PIN yang dibeli tadi
Bagi peminjam sedia ada yang ingin memohon semula PTPTN, anda boleh terus log masuk ke akaun PTPTN anda dan buat pembelian nombor PIN.
Untuk manual pembelian nombor PIN, sila download PDF ini.
Syarat Permohonan
Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN yang terkini:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan;
- Mendapat tawaran ke Universiti Awam / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.
Jumlah pinjaman ditentukan oleh pendapatan isi rumah.
Sekiranya penjaga / ibu bapa pelajar merupakan penerima Bantuan Sara Hidup maka pelajar akan mendapat maksimum pinjaman.
Manakala bagi pelajar dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM8,000 anda layak menerima 75% jumlah pinjaman.
Bagi keluarga berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan, anda cuma layak untuk memohon 50% dari jumlah pinjaman.
Untuk lebih jelas anda boleh rujuk jadual pinjaman di bawah:
Semakan PTPTN
Semakan baki pinjaman PTPTN atau penyata PTPTN kini boleh dibuat secara online dengan melayari portal Penyata Online.
Dalam sistem tersebut ada memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik anda.
Pengguna kali pertama perlu mendapatkan kata laluan dari PTPTN terlebih dahulu.
Bayaran Balik
Setiap peminjam WAJIB membayar balik pinjaman PTPTN termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
Terdapat empat cara bayaran balik PTPTN. Jadi tidak ada alasan untuk peminjam culas membayar semula pinjaman anda kerana PTPTN telah memudahkan anda membuat bayaran balik sama ada melalui:
- Pemotongan gaji
- Direct debit
- JomPay
- myPay
Bagi pembayaran melalui JomPay, anda boleh semak “Biller Code” di sini.
Bayaran balik perlu dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis dari PTPTN.
Kegagalan membuat bayaran balik akan dikenakan tindakan penyenaraian peminjam dalam rekod CCRIS.
Untuk mengelakkan nama anda termasuk senarai CCRIS, pastikan anda membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Bagi yang ingin membuat penangguhan bayaran balik, anda boleh memohon dari PTPTN.
Namun perlu diingatkan, kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
Hanya golongan berikut layak memohon penangguhan bayaran balik:
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
- Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
- Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).
- Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksima yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
- Peminjam yang menerima penajaan lain, Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
- Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.
Tempoh penangguhan biasanya diberikan sepanjang tempoh pengajian baru. Bagi yang tidak bekerja, tempoh penangguhan maksimum selama 24 bulan sahaja.
Penangguhan ini tidak menghalang PTPTN dari menyenaraikan nama peminjam dalam rekod CCRIS.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi careline PTPTN di bawah.