Advertisements

Semakan Status iSuri KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Bantuan iSuri KWSP kini diteruskan di bawah Belanjawan 2020 bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf pengorbanan mereka kepada ahli keluarga.

Antara faedah di bawah insentif ini ialah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya.

Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500.

Selain itu, penerima iSuri akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.

Baca juga: Semakan Status Subsidi Petrol 2020

Syarat Kelayakan iSuri KWSP

Hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja dapat mencarum di bawah insentif iSuri.

Antara syarat lain termasuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Bagi suri rumah yang telah mendaftar Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Had pembayaran maksima ialah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013).

Borang Pendaftaran

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Baru-baru ini kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan mengumumkan caruman KWSP untuk isteri-isteri yang dikenali sebagai i-Suri KWSP.

Berikut maklumat terperinci tentang semakan status pendaftaran caruman KWSP Suri Rumah melalui sistem eKasih.

Caruman suri rumah ini akan bermula minggu depan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.

Untuk makluman, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum isteri layak memohon tuntutan ini.

Pertama, pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai atau bujang).

Selain itu, berikut syarat kelayakan lain yang perlu dipenuhi untuk layak mendapat manfaat KWSP Suri Rumah ini:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Pendaftaran i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dibuat bermula 15 Ogos ini di mana-mana kaunter KWSP berhampiran anda.

Pendaftaran yang berjaya akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 untuk tahun 2018 manakala RM480 setahun untuk tahun berikutnya.

Antara manfaat lain yang bakal dinikmati pencarum termasuklah:

  • Dividen tahunan
  • Bantuan hilang upaya
  • Bantuan kematian
  • Pengeluaran simpanan
  • Pelepasan cukai

Baca: 17 Jenis Pengeluaran KWSP

Kaedah Pembayaran Caruman KWSP i-Suri

Pembayaran carumah i-Suri boleh dibuat melalui tunai / cek di kaunter peresitan KWSP.

Selain itu pembayaran juga boleh dibuat di kaunter panel KWSP seperti Maybank, Public Bank, CIMB, Bank Simpanan Nasional, dan RHB bank.

Pindahan wang melalui Internet Banking juga disediakan melalui Maybank & Public Bank.

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Suri, sila download PDF ini.

carumah i-suri kwsp

Caruman KWSP Suri Rumah

“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.

“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.

“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2018 (ISSC2018) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.

“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan PERKESO akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melancarkan lagi pelaksanaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.

“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.

“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.

Untuk info lanjut anda boleh rujuk portal rasmi KWSP.