RM1,000 Pelepasan Cukai Hantar Anak Ke Pusat Asuhan / Pra-Sekolah

Untuk makluman ibu bapa, anda boleh claim RM1,000 jika hantar anak-anak ke mana-mana pusat asuhan / pra-sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rebat RM1,000 ini adalah salah satu daripada 22 senarai pelepasan cukai 2017 yang diumumkan oleh LHDN.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memohon skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 yang menyediakan insentif sebanyak RM200 seorang kepada bayi yang lahir bermula 1 Januari 2018.

PTPTN pula melalui skim baru SSPN1M menyediakan hadiah RM500 bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Untuk maklumat lanjut sila baca artikel Geran Sepadan SSPN1M.

Cara Claim RM1,000

Sebelum melayakkan anda claim RM1,000 pastikan anda semak dahulu status pendaftaran pusat asuhan / pra-sekolah anak-anak.

Untuk membuat semakan senarai taska berdaftar, anda boleh ke portal rasmi JKM di sini.

pelepasan cukai

Untuk semakan pra-sekolah, layari portal rasmi e-Prasekolah KPM.

pelepasan cukai 2018

Bagi yang menghantar anak ke Taska Permata, sila semak status pendaftaran di web asuhan.my.

taska permata

Di Malaysia terdapat empat (4) kategori taska iaitu:

1. Taska Di Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2. Taska Di Tempat Kerja

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. Taska Komuniti

  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4. Taska Di Rumah

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Pastikan anda simpan resit pendaftaran anak-anak ke pusat asuhan / pra-sekolah yang didaftarkan dengan JKM atau KPM bagi membolehkan anda claim RM1,000 sebagai pelepasan cukai.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi LHDN di http://www.hasil.gov.my/