Semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa 2020 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).
Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.
Namun untuk makluman semua sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Ibu bapa yang ingin mendapatkan contoh-contoh soalan (past year questions) UPSR, PT3, SPM atau STPM sila download dari channel Telegram kami di sini https://t.me/pastyearquestions
Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.
Perhatian ibu bapa penerima Bantuan Sara Hidup, sila semak status BSH 2019 anda di portal rasmi bsh.hasil.gov.my. Pembayaran fasa pertama akan dibuat 28 Januari 2019.
Semakan SAPS Ibu Bapa 2020
Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:
- Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
- Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
- Klik butang “Semak”
- Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar
SAPS NKRA
Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Masalah Login SAPS
Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak boleh login SAPS Ibu Bapa.
Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.
Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.
Cara paling pantas untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.
Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.
Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:
Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.
Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).
Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:
Kemaskini 18 Jun 2018: Sistem SAPS Ibu Bapa ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan dakwaan pencerobohan ke atas sistem berkenaan yang diterima 10 Jun lepas.
Penutupan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media baru-baru ini.