Sebelum ini kami pernah memaklumkan sistem analisis peperiksaan sekolah atau SAPS NKRA ditutup buat sementara waktu atas sebab keselamatan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada bulan Jun lalu.
Katanya kementerian beliau menerima laporan terdapat kebocoran maklumat dalam sistem SAPS Ibu Bapa.
Jadi pihaknya telah mengambil langkah selamat dengan menutup sistem SAPS buat sementara waktu.
Update: Anda kini boleh login ke sistem SAPS seperti biasa.
Apa Itu SAPS NKRA?
Ibu bapa yang mempunyai anak tahun 1 mungkin pertama kali mendengar tentang sistem SAPS ini. Untuk makluman, sistem ini dibangunkan supaya memudahkan urusan ibu bapa untuk semak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.
Melalui sistem ini, guru mata pelajaran akan memuat naik keputusan peperiksaan anak-anak anda. Jadi ibu bapa tidak perlu lagi ke sekolah semata-mata mahu mengambil keputusan.
Namun SAPS NKRA hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan awal / akhir tahun sahaja. Sistem ini tidak menyokong sebarang peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM mahu pun STPM.
Untuk membuat semakan, ibu bapa perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Kemudian barulah ibu bapa mempunyai akses untuk login ke sistem SAPS.
Baca juga: Permohonan ke SBP 2019 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!
Login SAPS Ibu Bapa
Untuk login ke sistem analisis peperiksaan sekolah ini, anda boleh gunakan pautan berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah:
Untuk membuat semakan, sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar, dan masukkan maklumat sekolah pelajar. Akhir sekali klik butang “SEMAK”.
Sistem akan memaparkan keputusan ujian / peperiksaan terkini anak-anak anda.
Gred pemarkahan berbeza mengikut tahap rendah / menengah / menengah atas. Sebagai rujukan kami kongsikan di bawah:
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan ibu bapa.