permohonan diploma upsi

Permohonan Diploma UPSI Ambilan November 2018 Lepasan SPM

Ingin menyambung pengajian ke Universiti Awam? Berita baik buat pelajar-pelajar lepasan SPM, permohonan Diploma UPSI bagi ambilan November 2018 kini dibuka.

Permohonan dibuka dari 5 September sehingga tarikh tutup 5 Oktober.

Permohonan kemasukan ke UPSI hanya boleh dibuat secara online melalui portal rasmi universiti berkenaan.

Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Baca: Permohonan Program DPLI Universiti Malaya

Permohonan Diploma UPSI 2018

Untuk ambilan November nanti, terdapat lima program diploma yang ditawarkan. Antaranya:

  1. Diploma Sains
  2. Diploma Keusahawanan
  3. Diploma Teknologi Makmal
  4. Diploma Sains (Matematik)
  5. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan am dan syarat khas bagi setiap program yang ditawarkan.

Antara syarat am permohonan Diploma UPSI:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / Setaraf)
  • Mendapat lima kepujian termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus mata pelajaran Sejarah

Syarat khas bergantung kepada program yang dipohon. Antaranya seperti di bawah:

Diploma Sains (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam mana-mana dua subjek berikut: Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan / Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Mekanikal
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik) (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam Matematik / Physic / Chemistry / Biology
  • Lulus Add Math dan Bahasa Inggeris

Diploma Teknologi Makmal (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat (2) dua kepujian dalam Matematik / Fizik / Kimia / Biologi
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Keusahawanan (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Mendapat kepujian dalam Ekonomi Asas / Perdagangan / Perakaunan

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (6 Semester)

  • Memenuhi Syarat Am
  • Lulus Bahasa Inggeris / Mathematics

permohonan upsi diploma 2018

Cara Memohon Program Diploma UPSI

Seperti dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan UPSI hanya boleh dibuat secara online di portal http://www.upsi.edu.my/online/

Langkah-langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Sila beli BITARA ID Diploma di BSN (RM26) mulai 5 September hingga 5 Oktober
  2. Layari http://www.upsi.edu.my/online/ dan klik Applikasi Permohonan Diploma
  3. Login dengan memasukkan nombor kad pengenalan beserta No Bitara ID Diploma
  4. Calon hanya dibenarkan membuat dua pilihan sahaja bagi program yang diminati
  5. Isi dan lengkapkan borang permohonan, kemudian cetak pengesahan permohonan

Selepas selesai permohonan online, calon diminta menghantar beberapa dokumen ke

Urusetia Permohonan Diploma
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

Antara dokumen yang perlu dihantar termasuklah:

  • Pengesahan Permohonan Diploma
  • Salinan Sijil/Keputusan SPM/Setaraf yang disahkan
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • Salinan Sijil Penglibatan Sukan (Daerah/Negeri/Kebangsaan/Antarbangsa) – Jika ada

Calon perlu memastikan dokumen sampai sebelum 5 Oktober 2018 bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Tarikh Penting Program Diploma UPSI

  • Iklan Permohonan : 2 September
  • Tarikh Mula Memohon : 5 September
  • Tarikh Tutup Permohonan : 4 Oktober
  • Tarikh Akhir Menghantar Perakuan Permohonan Online : 5 Oktober
  • Hebahan Permohonan Yang Berjaya : 22 Oktober
  • Pendaftaran Pelajar Baru : 8 November
  • Minggu Orientasi : 8-11 November
  • e-Rayuan Kemasukan Diploma : 22 Oktober
  • Pendaftaran Pelajar Rayuan : 19 November

Tentang UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus  iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upsi.edu.my/