semakan keputusan spm ulangan 2018 spmu

Semakan Keputusan SPM Ulangan 2018 Online / SMS

Pelajar-pelajar yang mengambil SPM paper July, anda boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2018 (SPMU) bermula hari Khamis 13 September.

Mengikut laporan media, seramai 11,057 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semakan keputusan SPM ulangan boleh dibuat menerusi SMS atau secara online di portal Lembaga Peperiksaan mulai jam 10 pagi 13 Sept dan tamat pada 6 petang, 19 Sept.

Baca juga: Permohonan Program Diploma UPSI 2018 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!

Permohonan Menduduki Semula SPM

Setiap tahun Lembaga Peperiksaan akan membuka permohonan SPM Ulangan, biasanya dalam bulan Mac.

Tidak kiralah sama ada calon ingin menduduki SPMU pada Julai atau November, calon diwajibkan mohon bulan Mac sahaja.

Setiap subjek dikenakan caj RM20 kecuali Bahasa Inggeris RM20.50.

Borang permohonan boleh dimuat turun secara online di sini atau boleh diambil di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Semakan Keputusan SPM Ulangan Online

Semakan SPMU boleh dibuat secara online melalui link http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Link hanya akan beroperasi bermula 13 September jam 10 pagi hingga tarikh akhir 19 September jam 6 petang.

Slip keputusan peperiksaan pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon masing-masing.

Cara Semak SPMU Secara SMS

Keputusan SPM Ulangan juga boleh dibuat menerusi sistem khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Caranya:

  • Taip SPMU<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh: SPMU 950203095321 VW8055 dan hantarkan ke 15888

Seperti biasa caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu mesej yang dihantar.

Semoga calon beroleh kejayaan dalam peperiksaan kali ini dan melayakkan ke program Diploma di mana-mana Universiti Awam pilihan.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...