sekolah berasrama penuh sbp

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Mengikut Negeri Di Malaysia

Setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 akan ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh atau SBP.

Berikut dikongsikan senarai SBP seluruh Malaysia mengikut negeri masing-masing.

Senarai ini bagi memudahkan ibu bapa mengisi borang permohonan ke SBP 2019 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Untuk makluman, permohonan SBP bagi tingkatan 1 telah pun dibuka sehingga 30 September ini. Permohonan ke tingkatan 4 pula akan dibuka bermula 1 November nanti.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang kemasukan ke SBP di sini https://sst1.moe.gov.my/

Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Melalui SAPS NKRA Ibu Bapa

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Mengikut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat 68 buah sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia; 53 buah SBP aliran sains, 12 SBP aliran agama dan 3 SBP aliran Ulul Albab.

Jumlah SBP mengikut pecahan negeri adalah seperti berikut:

  • Perlis (1)
  • Kedah (5)
  • Pulau Pinang (2)
  • Perak (7)
  • Kuala Lumpur (3)
  • Putrajaya (1)
  • Selangor (8)
  • Negeri Sembilan (8)
  • Melaka (2)
  • Johor (7)
  • Pahang (7)
  • Terengganu (6)
  • Kelantan (5)
  • Sabah (2)
  • Labuan (1)
  • Sarawak (3)

Dan di bawah adalah senarai lengkap Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia beserta aliran yang ditawarkan:

  1. SMS TUANKU SYED PUTRA (Sains)
  2. SEK MEN SULTAN ABD HALIM (Sains)
  3. SMS SULTAN MOHAMAD JIWA (Sains)
  4. SMS POKOK SENA (Sains)
  5. SBPI KUBANG PASU (Agama)
  6. SMS KUBANG PASU (Sains)
  7. SMS T.SYED SHEH SHAHABUDIN (Sains)
  8. SMS KEPALA BATAS (Sains)
  9. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (Sains)
  10. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (Sains)
  11. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH (Sains)
  12. SMS TELUK INTAN (Sains)
  13. SBPI GOPENG (Agama)
  14. SMS BAGAN DATOH (Sains)
  15. SMS TAPAH (Sains)
  16. SMS ALAM SHAH (Sains)
  17. SMS SERI PUTERI (Sains)
  18. SMS SELANGOR (Sains)
  19. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (Sains)
  20. SEKOLAH SERI PUTERI (Sains)
  21. SMAP KAJANG (Agama)
  22. SMS KUALA SELANGOR (Sains)
  23. SMS HULU SELANGOR (Sains)
  24. SBPI RAWANG (Ulul Albab)
  25. SBPI SABAK BERNAM (Agama)
  26. SBPI GOMBAK (Agama)
  27. SMS BANTING (Sains)
  28. SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (Sains)
  29. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (Sains)
  30. SMS TUANKU MUNAWIR (Sains)
  31. SMS TUANKU JAAFAR (Sains)
  32. SMAP LABU (Agama)
  33. SBPI JEMPOL (Agama)
  34. SMS REMBAU (Sains)
  35. SMS PEREMPUAN SEREMBAN (Sains)
  36. SMS MUZAFFAR SHAH (Sains)
  37. SBPI SELANDAR (Agama)
  38. SEKOLAH TUN FATIMAH (Sains)
  39. SMS MUAR (Sains)
  40. SMS JOHOR (Sains)
  41. SMS KOTA TINGGI (Sains)
  42. SMS SULTAN ISKANDAR (Agama)
  43. SMS SEMBRONG (Sains)
  44. SMS BATU PAHAT (Sains)
  45. SMS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (Sains)
  46. SMS TENGKU ABDULLAH (Sains)
  47. SEKOLAH SAINS SULTAN AHMAD SHAH, PEKAN (Sains)
  48. SBPI TEMERLOH (Agama)
  49. SBPI TUN ABDUL RAZAK (Agama)
  50. SBPI KUANTAN (Agama)
  51. SMAP BENTONG (Ulul Albab)
  52. SMS SULTAN MAHMUD (Sains)
  53. SMS DUNGUN (Sains)
  54. SMS KUALA TERENGGANU (Sains)
  55. SMS HULU TERENGGANU (Sains)
  56. SBPI BATU RAKIT (Ulul Albab)
  57. SMS SETIU (Sains)
  58. SMS TM FARIS PETRA (Sains)
  59. SMS MACHANG (Sains)
  60. SMS JELI (Sains)
  61. SMS PASIR PUTEH (Sains)
  62. SMS GUA MUSANG (Sains)
  63. SMS SABAH (Sains)
  64. SMS LAHAD DATU (Sains)
  65. SMS LABUAN (Sains)
  66. SMS MIRI (Sains)
  67. SMS KUCHING (Sains)
  68. SMS KUCHING UTARA (Sains)

Terdapat sedikit perbezaan aliran bagi pengambilan SBP tingkatan 4. Antara aliran yang ditawarkan:

  • Sains Tulen (ST)
  • Sains Tulen Agama (STA)
  • Agama Ikhtisas (AI)
  • Sains Teknikal (STEK)
  • Sains Sosial (SS)

Antara sekolah berasrama penuh yang menawarkan aliran tersebut termasuklah:

  • SMS ALAM SHAH (ST)
  • SMS SERI PUTERI (ST)
  • KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (STA / AI)
  • SMS TUANKU MUNAWIR (ST)
  • SMS PEREMPUAN SEREMBAN (ST / SS)
  • SMS MUAR (ST / STEK)
  • SMS KUALA TERENGGANU (ST)

Syarat Pemilihan Murid Ke SBP

Mengikut garis panduan terkini, antara syarat pemilihan murid ke SBP ialah:

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Pemilihan Murid Tingkatan 4

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Setiap pelajar tingkatan 1 perlu menjalani ujian saringan sebelum ke SBP yang dikenali sebagai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Murid yang berjaya dalam ujian tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk ke SBP. Ujian ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan tiada ujian ulangan bagi pemohon yang gagal menghadirkan diri.

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

Berikut senarai mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh mengikut tahap dan aliran.

Tingkatan 1

Pengambilan ke SBP Tingkatan 1 boleh dibuat di laman web https://sst1.moe.gov.my

Aliran Sains

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

Aliran Agama

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

Aliran KBT (TMUA) Tahfiz Model Ulul Albab

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi/ Bahasa Korea)

Tingkatan 4

Permohonan ke SBP Tingkatan 4 boleh dibuat di laman web https://sst4.moe.gov.my

Sains Tulen

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Sains Tulen Agama

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan AlQuran dan AlSunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Biologi

Sains Teknikal

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan

Agama Ikhtisas

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan AlQuran dan AlSunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Sains Sosial

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Tahfiz Sains (TMUA)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Bahasa Arab

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...