Terkini pengambilan murid tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh kini dibuka. Berikut dikongsikan proses & panduan permohonan SBP 2020.
Untuk makluman, permohonan dibuka bermula hari ini 27 Ogos sehingga 30 September 2019.
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat kemasukan ke SBP 2020. UKSBP dijangka akan dilaksanakan bermula 15-18 Oktober nanti.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst1.moe.gov.my/
Permohonan SBP 2020: Soalan Lazim
SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
Permohonan terbuka kepada:
- Murid Tahun Enam 2017 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
- Murid Tingkatan Tiga 2017 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Permohonan ke Tingkatan 1 dibuka dari 27 Ogos hingga 31 Disember 2018.
Permohonan ke Tingkatan 4 (akan dikemaskini — dijangka bulan November nanti).
Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan.
Baca: Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar (SAPS Ibu Bapa)
Syarat Pengambilan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh
Syarat Permohonan Murid Tingkatan 1 SBP:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Syarat Permohonan Murid Tingkatan 4 SBP:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
- Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bagi ambilan tahun 2019.
Ianya adalah ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP 2019.
Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.
Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang. Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017. (Tarikh baru akan dikemaskini)
Baca juga: Semakan Online Saman Polis
Semakan Keputusan Permohonan SBP
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewatlewatnya Januari 2019.
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewatlewatnya Januari 2019.
Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
Namun masih boleh membuat permohonan rayuan melalui portal e-Rayuan apabila ianya dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.
Semakan keputusan SBP boleh dibuat melalui:
- Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
- Makluman melalui SMS
Perlu diingatkan tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
Setiap calon akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari SBP atau MRSM.
Aliran Matapelajaran Tingkatan 4 SBP
Terdapat lima (5) aliran matapelajaran bagi permohonan tingkatan 4 SBP, antaranya:
Aliran Sains Tulen
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Sains Tulen Agama
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Aliran Agama Ikhtisas
- BM
- BI
- B. Arab
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Al-Quran & Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Aliran Sains Teknikal
- BM
- BI
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Lukisan Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan
Aliran Sains Sosial
- BM
- BI
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Permohonan SBP 2019 boleh dibuat di sini https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm