air percuma selangor

Permohonan Air Percuma Selangor 2019: Skim Air Darul Ehsan

Berita baik buat rakyat Selangor. Kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan air percuma Selangor 2019 melalui Skim Air Darul Ehsan.

Namun pemberian air percuma ini hanya terhad untuk rakyat yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah sahaja.

Pendaftaran boleh dibuat secaera online bermula 30 September – 31 Disember 2019 di portal rasmi http://www.ssipr.selangor.gov.my

Air Percuma Selangor

Bagi 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebelum ini akan terus menikmati rebat itu sehingga 29 Februari 2020.

Pemberian air percuma melalui skim Air Darul Ehsan ini akan bermula 1 Mac tahun depan.

Kerajaan negeri akan melakukan semakan silang butiran pemohon dengan LHDN sebelum meluluskan permohonan anda.

Keputusan permohonan air percuma Selangor akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020.

Selain permohonan secara online, borang permohonan juga boleh didapati dari:

  • Laman web: www.airselangor.com
  • Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
  • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
  • Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.